Sambut birthday anak dengan bekas suami, peminat puji sikap professional Nora Danish

Sambut birthday anak dengan bekas suami, peminat puji sikap professional Nora Danish

 

Umum mengetahui pelakon jelita Nora Danish sudah bercerai dengan Jejai atau Rizal Ashram Ramli dan berkahwin dengan Mohamad Nedim Nazri. Bagaimanapun, aktres berusia 41 tahun itu masih menjalin hubungan baik bersama bekas suami.

Terbaharu, hantaran pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif di laman Instagram menyambut kelahiran anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal mendapat perhatian ramai dengan kehadiran bekas suami, Jejai.

“Sambut awal ulang tahun kelahiran anak kami yang ke-14 sebelum hantar ke sekolah. Makan tengahari bersama keluarga,”tulisnya.

Dalam pada itu, Nora masih tidak sangka anak lelakinya bersama Jejai akan mencapai usia 14 tahun lagi tiga hari akan datang.

Keluarga contoh!

Perkongsian itu bukan sahaja menerima ribuan tanda suka, malah peminat juga memenuhi ruangan komen dengan memuji sikap profesional mereka walaupun sudah berpisah.

Keakraban dan kemesraan yang ditunjukkan oleh keluarga selebriti itu membuatkan peminat tumpang seronok sehingga melabelkan ia sebagai ‘keluarga contoh’ buat pasangan yang sudah berpisah.

Tetap rapat demi anak walaupun dah bercerai

Makin besar, makin hensem. Nak sambut birthday pun malu2

Selain itu, ramai memuji ketampanan anak Nora Danish selain mengatakan dia makin malu menyambut ‘birthday’ memandangkan sudah meningkat usia.

Nora memang tak pandai tua ke?

Untuk rekod, Nora dan Jejai telah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya kata iaitu Rayqal. Pasangan itu bagaimanapun berpisah pada 10 Julai 2008.

Nora kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.