Sambut hari jadi Sumayyah, hubungan Datuk Yusof Haslam bersama besan undang sebak

Sambut hari jadi Sumayyah, hubungan Datuk Yusof Haslam bersama besan undang sebak

 

Minggu lalu, rundingan yang dijalankan oleh JKP untuk mendamaikan pasangan selebriti sensasi, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof menemui jalan buntu.

Hal ini berikutan, keputusan Puteri Sarah yang tetap ingin berpisah selepas suaminya memfailkan nusyuz.

Sambut birthday Sumayyah yang ke 4

Walaupun konflik rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof makin meruncing, hubungan kekeluargaan di antara ibu bapa mereka tetap utuh.

Menerusi posting Instagram aktres berkenaan, ibu bapa Puteri Sarah Liyana menyertai keluarga Datuk Yusof Haslam dalam meraikan hari jadi Sumayyah yang ke 4 tahun.

Dua figura yang sentiasa jaga Sarah dan sayang Sarah

Berkongsi foto dua lelaki hebat dalam hidupnya, Puteri Sarah menzahirkan rasa hormat terhadap ayah dan ayah mertua, Datuk Yusof Haslam yang sentiasa menyokong keputusan aktres tersebut.

Malahan, ibu dua anak itu berharap hubungan mereka akan berkekalan tanpa mengira keputusan yang bakal berlaku di masa hadapan.

‘Besan’s for life. Terima kasih kerana menghormati keputusan Sarah”

Ya Allah, semoga silaturahim ini sehingga akhir hayat – Datin Patimah

Meninjau ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa sebak melihat keakraban kedua-dua keluarga walaupun Syamsul Yusof telah bertindak membelakangi mereka.

Malahan, Datin Patimah sempat mendoakan silaturahim yang terjalin bersama keluarga Puteri Sarah Liyana kekal baik selamanya.

Ada juga netizen yang mencari keberadaan Syamsul Yusof di saat sambutan hari lahir anak perempuannya, Sumayyah namun tiada.

Malahan, mereka mempersoalkan statement yang dikeluarkan pengarah berkenaan selepas prosiding JKP selesai.