Sampai bila kerajaan mahu bodohkan rakyat? – Syed Saddiq

Sampai bila kerajaan mahu bodohkan rakyat? – Syed Saddiq

Saya fikir rakyat secara umumnya sudah faham dan sudah patuh dengan perlaksanaan SOP.

Kalau keluar rumah, pakai mask.
Kalau masuk kedai, scan MySejahtera.
Kalau berniaga, terhad sampai pukul 10 malam sahaja.

Kita semua sudah tahu peraturan begini.

Yang rakyat keliru adalah mengapa kalau rakyat buat salah, terus kena kompaun serta-merta? Itupun kena denda dengan nilai maksimum RM1,000.

Tapi kalau menteri dan parti politik pemerintah, langgar SOP, buat jamuan pun tak kena denda. Sampai kena tunggu arahan Jabatan Peguam Negara baru kompaun (itupun kalau kompaun).

Mesyuarat pilihan raya siap boleh buat jelajah negeri ke negeri.

Kalau macam ni boleh. Tapi kalau rakyat biasa, sampai kena tambah denda naik jadi RM10,000.

https://www.malaysiakini.com/news/564397