Sampai nampak isi kulit putih! Mat rempit maut tersungkur ketika buat aksi ala superman

Sampai nampak isi kulit putih! Mat rempit maut tersungkur ketika buat aksi ala superman

 

TINDAKAN sekumpulan mat rempit menunggang secara berbahaya di sebuah lebuh raya membawa padah selepas salah seorang daripadanya terjatuh ekoran berlanggar sesama sendiri.

Video insiden dirakam menerusi kamera papan pemuka tersebut tular sejak Sabtu memaparkan perbuatan kumpulan itu yang sedang menunggang dengan membuat aksi ‘superman’.

Bagaimanapun, dua penunggang kemudiannya dilihat berselisih sesama sendiri sebelum salah seorang daripadanya terjatuh dan tergolek di tengah-tengah lorong lebuh raya terbabit.

Kenderaan yang merakam insiden terbabit dan berada di laluan berkenaan juga dilihat sempat mengelak daripada melanggar mangsa.

Tarikh dan waktu pada video yang dikongsikan orang awam itu menunjukkan kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 1.40 pagi Sabtu dengan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

 

Dalam pada itu, rata-rata daripada warganet melahirkan kekesalan mereka atas tindakan kumpulan tersebut yang dilihat masih tidak serik untuk menunggang secara berbahaya.

“Fuhhh pedihhh siott rasa jalan tar,” ” tulis itsmeNlai.

“Mesti putih nampak isi bila kulit kena sagat atas jalan raya. Nauzubillah,” kata Faizal Sufian.

“Pernah ada kawan masa Uni (universiti) dulu balik dari accident buat superman…seriously not worth it guys.. dia balik kampus dengan muka yang lain rupanya,” ujar @maniv263.