Sangat tak selesa, Fasha Sandha kongsi kondisi mata, “Mungkin perlu dibedah..”

Sangat tak selesa, Fasha Sandha kongsi kondisi mata, “Mungkin perlu dibedah..”

Pelakon berbakat besar, Fasha Sandha memberitahu matanya berkemungkinan perlu dibedah selepas mata kirinya patah.

Mata belum pulih

Meskipun begitu, ia tidak mematahkan semangatnya untuk hadir ke Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) demi memenuhi tuntutan kerja sebagai anak seni.

Fasha yang anggun menggenakan gaun serba hitam hadir ditemai adiknya yang juga seorang pelakon, Elisya Sandha mengakui keadaan ketika ini sangat tidak selesa.

“Mata kiri belum sembuh sepenuhnya. Tapi, saya tetap datang memenuhi tanggungjawab untuk produksi. Sejujurnya, saya hanya jalankan komitmen,”ujarnya.

Mungkin perlu jalani pembedahan

Mengulas lanjut mengenai kondisi matanya, Fasha menyatakan pembedahan mungkin akan dilakukan selain darah beku di bahagiann dalam matanya masih ada.

“Rawatan susulan itu ada, kemungkinan perlu jalani pembedahan sebab walaupun dari luaran bengkak dah makin surut. Tapi tulang itu patah dan ada darah beku di dalam.
“Apapun, saya kini sedang menunggu masa sesuai perlu pastikan bengkak di muka surut dulu,” katanya.

Terdahulu, Fasha dilaporkam mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran Anak Tuan arahan Along Kamaludin bersama rakan pelakon, Azhan Rani