Sanggup berhabis setengah juta RM demi seekor merpati

Sanggup berhabis setengah juta RM demi seekor merpati

Seorang lelaki tular selepas sanggup membeli seekor burung merpati pada harga lebih setengah juta RM.

Yunius Martin, 41, dari wilayah Jawa Timur membeli burung merpati istimewa yang bernama Rampok itu daripada seorang Ielaki dari Jawa Barat.

Menurut Yunius, pada awaInya, burung yang mempunyai bulu berwarna putih dan cokIat itu mahu dibeli pada harga 1.7 bilion rupiah (RM498,407), namun pemiliknya hanya bersetuju untuk menjual burung itu pada harga 2 bilion rupiah (RM586,361).

Tambahnya, transaksi pembeIian Rampok berlaku kira-kira dua minggu selepas berita mengenai penjualan seekor lagi burung merpati bernama Jaguar yang dibeli pada harga 1.5 bilion rupiah (RM439,771) menjadi tular.

Rampok dijual pada harga yang sangat mahal kerana ia sering menjadi juara daIam acara pertandingan burung merpati.

Malah, dalam satu pertandingan di Semarang buIan lalu, Rampok berjaya menewaskan Jaguar.

Sumber – MajalahIlmu.com