Sanggup biar anak isteri terkontang-kanting di JPN, netizen geram tengok TikTokers Boss Kay hadir ‘fashion show’ bersama aktres wanita
Tular di media sosial baru-baru ini mengenai kisah seorang pensohor yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia yang meluahkan rasa kesal dengan sikap suaminya yang enggan hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hingga menyebabkan anak mereka terpaksa dibinkan dengan nasab Abdullah.
Difahamkan, suami kepada Cik Pia juga merupakan seorang TikTokers terkenal dan dikenali sebagai Boss Kay telah menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.
Malah, lelaki berkenaan juga dikatakan telah hadir ke sebuah acara pertunjukan fesyen di Perak bersama pelakon wanita yang dikenali sebagai Tash Yong.
Meninjau ke media sosial pelakon wanita tersebut, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa dia dan Boss Kay kini sedang menjalinkan hubungan cinta namun memilih untuk mengambil pendekatan ‘berahsia’ terlebih dahulu.
@norsufiajohari pedih bagai dihiris hati ini..bapak masih live masih ade masa kesana kesini dgn “makwe” tp utk dtg ke JPN daftarkan ank xde masa..#fyp #trending #tiktokmalaysia #tiktok #viral #fypage #fypシ゚viral #fypシ #tiktokviral #tiktoker
@tash_yong I AM A MASTERPIECE 🔥. you should tell yourself this, everyday! don’t ever let other people bring you down. Got it?! especially to my fellow #SekolahViral #sahabatbosskay Let’s RISE & JALAN TERUS! . thanks #AlphaModa for having us & special thanks to our designers #EvitaMairesse & @CERLENE for making us like a King & Queen of the day😘 . #tashyong #bosskay #STYLE #SahabatTashYongLimitedEdition
Dalam hantaran tersebut, Tash dan Boss Kay dilihat berpimpin tangan dan dilihat mesra dan selesa antara satu sama lain.
Terdahulu, Cik Pia menerusi TikToknya meluahkan rasa sedih apabila suaminya itu sempat bersiaran langsung di media sosial namun memberi alasan tidak punya masa untuk hadir ke JPN bagi urusan pendaftaran nama anak.