Sanggup menyamar demi ‘content’, wanita Rusia panjat menara Merdeka 118

Sanggup menyamar demi ‘content’, wanita Rusia panjat menara Merdeka 118

 

Tular di media sosial mengenai seorang wanita Rusia, Angela Nilou yang telah memuat naik sebuah video dirinya berada di atas puncak Menara Warisan Merdeka (KL118).

Video yang tular itu mendapat perhatian ramai yang dan rata-rata netizen berasa musykil bagaimana dirinya dibenarkan berada di atas puncak tersebut.

Sanggup menyamar

Menerusi thread yang ditulis di Twitter, Angela menjelaskan bahawa dia telah menyewa sebuah apartmen berhadapan menara tersebut bagi mengkaji struktur bangunan itu.

Setelah mendapat informasi, wanita itu sanggup berpakaian seperti pekerja pembinaan dan menaiki hingga ke bahagian atas menara itu secara senyap-senyap namun berjaya ditahan oleh pengawal.

Saya perlu menguatkan diri saya dan mula melakukan sesuatu. Nasib baik pekerja berehat dan saya boleh keluar dan berlari ke puncak menara! Ini saya berdiri di dalam menara.

Tindakan Angela itu menerima kritikan netizen yang tidak bersetuju dengan caranya yang menceroboh bangunan demi kepentingan sendiri.