Sanggup tidur airport 14 tahun, gara-gara takut bini ‘paw’ duit
Sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia secara umumnya adalah hasil dari sikap toleransi sesama pasangan dalam pelbagai aspek.
Antara toleransi yang amat perlu dalam setiap rumah tangga ialah soal kesanggupan suami untuk menyediakan nafkah kepada is rumah yang diketuanya.
Namun, bagaimana jika si suami enggan memenuhi tanggungjawab tersebut?
Taknak Balik Rumah Sebab Nanti Bini Minta Duit
Ini Wei Jianguo.
Dia dah 14 tahun tidur kat airport.
Macam kesian jer kan? Of course kisahnya jauh panggang dari api. Saya buat tajuk macam ni sebab itulah perspektif saya dapat masa first time baca kes ni.
Jom. pic.twitter.com/XnkqejMvSz
— Ahmad Faezal (@AhmadFaezal4) July 6, 2023
Sanggup Tidur Airport 14 Tahun Takut Bini Paw Duit
Inilah yang berlaku di Tanah Besar China di mana seorang lelaki warga emas bernama Wei Jianguo cuba lari dari tanggungjawab dengan menetap di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing yang terletak sekitar 20 kilometer dari kediamannya selama 14 tahun.
Tindakan drastik tersebut dilakukan olehnya kerana khuatir si isteri akan meminta wang jika dirinya pulang ke rumah lantas menghalang keinginan alkohol dan nikotin yang perlu dipenuhi.
Hilang Kerja, Guna Duit Kerajaan Penuhi Nafsu Arak & Nikotin
Apabila disoal, lelaki berusia 60-an ini mendedahkan bahawa dirinya telah kehilangan pekerjaan di sebuah kilang enjin selepas dipecat oleh majikan atas faktor usia 20 tahun lalu.
Namun.mujurlah semenjak menetap selama 14 tahun di lapangan terbang tersebut, pihak kerajaan ada memberikan elaun berjumlah 1000 yuan (RM 643) sebulan.
Dengan wang itulah beliau mampu untuk membeli makan & minuman termasuklah alkohol.
Ada 7 Orang Seperti Wei Di Lokasi Tersebut
Selama 14 tahun menetap di lapangan terbang, dirinya yang kerap tidur sekitar Terminal 2 dan Terminal 3 mendedahkan bahawa kakitangan lokasi berkenaan sudan pasrah dan ali dengan kewujudannya.
Hal ini kerana beliau tidak pernah mengganggu sesiapa di tempat tersebut.
Tambahan pula Wei bukanlan satu-satunya “penghuni” disitu kerana termasuk dirinya terdapat 7 orang yang menetap secara haram di lapangan terbang terbabit.