Sangkut dalam kesesakan lalu lintas, ini 4 perkara pasti terlintas dalam fikiran pemandu, yang no 3 tu paling biasa terfikir

Sangkut dalam kesesakan lalu lintas, ini 4 perkara pasti terlintas dalam fikiran pemandu, yang no 3 tu paling biasa terfikir

 

Biasalah, bila kita memandu ke destinasi yang jauh atau tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, mestilah kita akan karaoke, feeling seperti penyanyi nombor satu dunia betul tak?

Bukan itu saja, bila dah bosan sangat, tipulah kalau anda kata anda tak termenung jauh, cuba untuk memikirkan segala masalah hidup dan reflect serta muhasabah diri. Haa, samalah kita.

Paling penting, bila memandu ni, ada saja perkara yang terlintas dalam fikiran kita, tak kiralah perkara tu daripada peristiwa yang lepas atau apa yang anda lihat semasa memandu.

Kalau tanya kami, ini 3 perkara yang confirm akan terlintas dalam fikiran setiap kali memandu, nombor 3 tu kami jamin ramai yang akan terfikir.

1. Penatlah, balik ni nak mandi, lepas itu terus tidur!

Siapa yang selalu memandu ke destinasi jauh atau dah terbiasa hadap kesesakan lalu lintas pada setiap hari, perkara ini adalah paling normal yang akan terlintas dalam fikiran.

Mana taknya, dah seharian kita berada di luar, badan kita ni kalau dah boleh bercakap, dia pun merayu-rayu minta untuk balik dan berehat!

Kalau nak balik rumah pun, terpaksalah hadap kesesakan lalu lintas serta jarak yang jauh. Memang bertambah penatlah ceritanya.

Jadi, kami yakin ‘penatlah, balik ni nak mandi, lepas itu terus tidur’ pastinya banyak kali terlintas dalam fikiran anda!

2. Ambil lesen dekat mana ni, reti bawa kereta ke tak?!

Haa, perkara ini kami yakin 100% memang akan selalu terlintas dalam fikiran anda setiap kali anda keluar memandu betul tak? Tipu kalau anda kata anda tak pernah terfikir macam ni!

Biasalah, bukan dalam hubungan saja kita perlukan komunikasi, atas jalan raya pun kita perlu berkomunikasi antara pemandu yang lain.

Jadi, bila ada pemandu yang tak bagi signal sebelum keluar simpang, terus pecut memotong, jenis yang hon-hon ni, memang akan menaikkan lagi rasa amarah dan terlintas pemikiran ‘ambil lesen dekat mana ni, reti bawa kereta ke tak?!’.

3. Kesiannya, nak tolong tapi tak boleh.

Bila memandu, semestinya kita akan peka dengan keadaan sekeliling kita kan?

Kadang-kadang tu, bila tengah sangkut dalam kesesakan lalu lintas, mesti kita akan ternampak haiwan-haiwan seperti kucing atau anjing yang cuba untuk melintas jalan atau cuba mencari makan.

Haa, dari situ mulalah kita terfikir, ‘kesiannya, nak tolong tapi tak boleh’ atau ‘alamak, aku tak bawa pula makanan untuk haiwan’.

Kami faham sangat pemikiran ini lagi-lagi mereka yang pencinta haiwan.

4. Bosanlah hujung minggu ni, nak pergi mana eh?

Perkara terakhir yang selalunya akan terlintas dalam fikiran anda mesti ‘bosanlah hujung minggu ni, nak pergi mana eh?’ betul tak?

Haa, kalau sebelum ini anda selalu fikirkan tentang perkara ini, kini tak perlu risau lagi sebab kami ada cadangan tempat yang paling best untuk luangkan masa pada hujung minggu!

1. SplashMania Waterpark

2. Discovery Park

3. Paya Indah Discovery Wetlands

4. Central Park Mesra Haiwan Peliharaan

5. Townsquare Park