Sanusi berbaju tentera sesuatu yang memalukan, mana ada BMI tentera macam tu

Sanusi berbaju tentera sesuatu yang memalukan, mana ada BMI tentera macam tu

 

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor disifatkan sebagai memalukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila datang ke majlis pelancaran LIMA 23 semalam dengan berpakaian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Awatlah Sanusi pakai lagu tu. Buat malu tentera je. Mana ada pegawai tentera badan dengan BMI macam tu pi majlis rasmi.

“Apa kata pegawai-pegawai tentera asing yang menjadi tetamu majlis itu melihat badan tentera kita.

“Itu ka rupa badan tentera Malaysia. Kalau ada yang macam tu, kami bagi dok belakang-belakang ja. Malu lah,” kata Kapten (B) Mohamad Yahaya, bekas tentera berpangkat kapten ketika bertugas dahulu.

Sanusi satu-satunya pemimpin politik yang datang ke majlis perasmian LIMA 23 dengan pakaian tentera, tidak sebagaimana pemimpin lain.

Ia telah menarik perhatian pelbagai pihak dan menjadi bahan bualan hangat para netizen di dalam sosial media.

Bagi seorang lagi bekas tentera, MB Kedah itu memalukan TLDM di dalam satu majlis bertaraf antarabangsa.

Katanya, mengikut sejarah LIMA belum ada lagi ahli politik mengenakan pakaian pegawai tentera di upacara perasmian.

Acara ini, katanya, bertaraf antarabangsa dan di sertai oleh pegawai-pegawai tentera pelbagai negara.

“Walaupun di beri gelaran Laksamana kehormat oleh kerajaan terdahulu tetapi dari segi protokol ianya tidak sesuai dan akan memalukan ATM sendiri.

“Saya yakin ramai Veteran Tentera terutamanya TLDM akan berasa malu kerana belum lagi ujud pegawai atasan yang gagal Body Mass Index atau BMI.

“Pegawai-pegawai tentera antarabangsa akan mempersoalkan bagaimana seorang yang gagal BMI boleh menyarung uniform pegawai dengan pangkat Laksamana Pertama,” kata beliau yang menggunakan nama OMN KD dalam komennya.

Katanya, pihak penganjur sepatutnya mengeluarkan garis panduan supaya perkara yang memalukan ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Sebelum ini, Sanusi mendakwa beliau dihalang oleh pihak tertentu dari datang ke majlis anjuran Kerajaan Persekutuan termasuk perasmian LIMA 23 di Langkawi.

Namun semalam beliau datang dengan pakaian TLDM.

Kapten (B) Mohamad ketika ditanya apakah komen terhadap badan Sanusi ini beretika, Mohamad dengan tegas menjawab “Yang dia dok komen tentang gigi orang tu boleh pulak.”

Sebelum ini, Sanusi menghina Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kononnya gigi beliau tidak sama.