Sanusi dibidas gagal iktiraf jasa almarhum Ustaz Fadzil Noor

Sanusi dibidas gagal iktiraf jasa almarhum Ustaz Fadzil Noor

Tentera siber Perikatan Nasional gigih memainkan isu penganugerahan darjah kebesaran ‘Tan Sri’ oleh Seri Paduka Bagina Yang Di Pertuan Agong kepada bekas Pengerusi Dap, Lim Kit Siang.

Biarpun nama bekas Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat turut tersenarai menerima anugerah kedua tertinggi negara itu, ianya sama sekali tidak dapat memuaskan hati kebanyakan mereka.

Namun serangan tersebut mulai mengendur selepas seorang pemuda tampil mempetikaikan tindakan kerajaan Pas dalam isu penganugerahan darjah kebesaran tertinggi untuk bekas pemimpinnya.

Menggunakan nama akaun Mohamed Hadi AH, dia membangkitkan persoalan terhadap MB Kedah, Sanusi Mohd Nor, antara begitu bersungguh menjuarai isu membantah penganugerahan gelaran ‘Tan Sri’ kepada tokoh Dap sedangkan dalam masa yang sama tiada usaha untuk memberi anugerah kepada tokoh hebat Pas, almarhum Datuk Fadzil Nor yang pernah mengetuai barisan pembangkang Dewan Rakyat satu ketika dahulu.

Ini selepas Pas mengetuai rampasan kuasa terhadap kerajaan PH Kedah selepas berlakunya Langkah Sheraton diketuai presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Muhyiddin Yassin di peringkat kerajaan persekutuan sebelum itu.

Berjumpa abang Sabki Yusof tadi. Tak ada pulak kelibat Dr Zulqarnain Lukman , mungkin tengah sibuk menibai Sanusi.

Tengok abang Sabki teringat almarhum Ustaz Dato’ Fadzil Noor. Almarhum pernah dikurniakan Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) oleh DYMM Sultan Kedah sewaktu menjadi pembangkang di Dun Kedah tahun 1995 dulu.

Sewajarnya almarhum Ustaz Fadzil diberikan penghargaan tertinggi oleh kerajaan negeri Kedah, seperti Darjah Seri Setia Diraja Kedah (S.S.D.K.) yang membawa gelaran Dato’ Seri. Tapi itu tentulah tidak berlaku, walaupun partinya berpuluh-puluh bulan memerintah kerajaan negeri Kedah.

Aku mendoakan tahun hadapan di bawah DYMM SBP Yang Di-Pertuan Agong yang baharu, almarhum Ustaz Fadzil juga akan di’Tan Sri’kan.

Strategi almarhum menyatukan pembangkang di bawah GERAK merupakan seni politik yang sukar ditandingi sehingga ke hari ini.