“Satu bonus mereka boleh buat saya yang begini tegas menjadi manja…,” – impian Iqbal pikat Inspektor Sheila makin mudah

“Saya tak kisah rupa paras, tak terpikat tengok muka ‘handsome’ (kacak) tapi lagi suka lelaki muda.
“Satu bonus buat mereka (lelaki) jika boleh buat saya yang begini (tegas) jadi manja,”
Demikian reaksi pegawai polis tular, ‘Inspektor Sheila’ atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, ketika ditanya kriteria lelaki idamannya.
Berhubung ‘iklan cari jodoh’ dimuat naiknya di Facebook (Fb), baru-baru ini, Sheila berkata, dia nekad mencari pasangan secara terbuka selepas mendapat banyak pertanyaan daripada orang sekeliling susulan pendedahan statusnya yang masih bujang.
Sheila juga tidak menyangka percubaannya itu mendapat perhatian ramai hingga menerima banyak komen dan kiriman mesej di platform berkenaan.
Menurutnya, dia membaca kesemua mesej diterima namun belum membalas atau menerima pelawaan untuk temu janji dengan mana-mana lelaki yang ingin berkenalan dengannya.
“Disebabkan pening dengan pertanyaan itu, saya nekad muat naik satu hantaran bagi mencari pasangan dan perkongsian berkenaan meraih 1,000 tanda suka.
“Memang ramai lelaki nak berkenalan bukan setakat Melayu, Cina dan India tetapi juga Punjabi yang menetap di negara ini,” katanya ketika ditemubual eksklusif Harian Metro, hari ini.
“Dia juga kena pandai bertutur dalam bahasa Inggeris kerana saya ada Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris, suka melancong, utamakan keluarga dan agama selain ada ‘standard’ (menepati piawaian) serta berfikiran kelas dunia.
“Namun kini, persepsi negatif itu seakan berubah hingga ramai juga ajak berswafoto ketika saya di luar. Saya pun okay saja jika mereka ajak bergambar.
“Ada juga terima tawaran beberapa syarikat untuk sertai ‘live’ (siaran langsung) dan saya ada merujuk dengan peguam bela saya. Dia (peguam) kata okay asalkan tidak menyentuh mengenai kes (di mahkamah),” katanya yang menyimpan hasrat menjadi peguam.
Terdahulu, Sheila memuat naik hantaran di Fb mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya.
Dalam hantaran itu, Sheila ada menyatakan beberapa kriteria ditetapkan dan mempelawa lelaki yang berminat mencuba nasib dengan membalas komen sebelum 1 Julai.
Sheila sebelum itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.