“Satu Malaysia tahu siapa curang, siapa yang kahwin di Thailand” – Ibu Syamsul pula bersuara!

“Satu Malaysia tahu siapa curang, siapa yang kahwin di Thailand” – Ibu Syamsul pula bersuara!

 

Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menegaskan satu Malaysia sudah sedia maklum mengenai khabar angin anak lelakinya itu berlaku curang dan berkahwin di Thailand bersama isteri keduanya.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Patimah menerusi satu komen di sebuah portal @meloditv3 yang seakan memberi bayangan berada di sebelah pihak menantunya, Puteri Sarah selepas didakwa mempunyai hubungan sulit bersama suami orang sejak awal perkahwinan.

“Satu Malaysia tahu, siapa curang, siapa yang teraniaya. Siapa yang kahwin di Thailand, ketepikan isteri dan keluarga?” ujarnya.

Bukan itu sahaja, isteri kepada penerbit dan pengarah popular, Yusof Haslam itu mengeluarkan kenyataan tersebut hanya berniat tidak mahu anaknya terus sesat dan sentiasa dilindungi selalu dunia dan akhirat.

“Niat saya agar anak saya tidak sesat, semoga Allah melindunginya dari kesesatan di dunia dan akhirat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Patimah di IG storynya, dia meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan semula perjuangan menantunya itu dalam mempertahankan rumah tangganya selama ini.

“4 tahun Puteri Sarah berjuang bersama anak-anak berharap suamu kembali ke pangkuan mereka, hancur luluh hati bila suami memilih perempuan yang kejam itu! Dia bangkit menuntut hak anak-anaknya,” luahnya lagi.