“Satu penganiayaan buat saya” – Baru sebulan berniaga, universiti tamatkan kontrak peniaga kecil secara mengejut

“Satu penganiayaan buat saya” – Baru sebulan berniaga, universiti tamatkan kontrak peniaga kecil secara mengejut

 

Pernah ketika dulu kecoh satu majlis perkahwinan adik kepada pegguna akaun Tiktok @abangsoyaaa ditipu oleh katerer.

Disebabkan itu mereka sekeluarga bersama beberapa kenalan luar bergotong-royong masak untuk tetamu bagi menjayakan majlis tersebut.

Selepas beberapa bulan berlalu, dia mengalami ujian lagi tapi sedikit berbeza apabila dirinya sendiri diuji apabila kontrak perniagaannya ditamatkan oleh pihak UiTM Segamat.

Menurutnya perniagaannya baru saja sebulan lebih tetapi terpaksa ditamatkan atas sebab tidak diketahui. Jom kita lihat penjelasannya menerusi akaun Tiktoknya di bawah.

@najmudin.shukor

Terima kasih uitm segamat untuk peristiwa ni. Terima kasih juga beri peluang saya meniaga sebulan lebih. Saya tak tahu pihak atasan yang mana terminate saya, cuma saya berharap agar semua ni takkan berlaku pada alumni uitm yang lain. Cukup saya seorang sahaja jadi mangsa. Terima kasih untuk segalanya. #abangsoya #uitmsegamat

♬ original sound – ABANG SOYAAA – ABANG SOYAAA

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengeluarkan kenyataan tentang pengalaman mereka berurusan dengan UiTM.

Dalam masa yang sama ramai juga turut mendoakan pengguna tersebut supaya dimudahkan urusan dan diberikan rezeki yang lebih luas di luar.

Apa pun kami doakan yang terbaik bagi dua-dua pihak. Kita tak dengar pihak UiTM, jadi jangan kita membuat kesimpulan dengan cepat.