Satu perlima tentera Zi0nis Isr.ael maut dibedil kereta kebal, tertembak sama sendiri

Satu perlima tentera Zi0nis Isr.ael maut dibedil kereta kebal, tertembak sama sendiri

 

Satu per lima daripada tentera rejim zionis Israel yang terkorban dalam pencerobohan berterusan ke atas Gaza disebabkan tembakan sesama sendiri atau kesalahan sendiri.

Perkara itu didedahkan tentera rejim Israel sendiri menerusi kenyataannya semalam, menyatakan 105 anggotanya terbunuh dalam operasi serangan darat di wilayah konflik itu.

NBC News yang memetik jurucakap tentera Israel menyifatkan 20 daripada kematian yang direkodkan itu sebagai “kemalangan”.

13 daripada 20 kematian itu berpunca daripada tembakan sesama sendiri.

Enam berpunca daripada kemalangan lain berkaitan dengan “persenjataan, jentera dan jentera rempuh”, manakala satu daripada insiden kematian itu dilaporkan berkaitan dengan kesalahan penggunaan senjata.

The Times of Israel melaporkan insiden tentera terbunuh disebabkan tembakan sesama sendiri adalah kerana salah identifikasi ketika serangan udara, bedilan kereta kebal dan tembakan senjata api.

Insiden itu berlaku di tengah-tengah kemelut berterusan tentang kesahihan laporan kematian tentera rejim pengganas Israel di wilayah konflik itu dengan laporan dari Hamas mendakwa kiraan kematian tentera lawan yang lebih tinggi.

Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 18,412 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan zionis Israel sejak 7 Oktober lalu, manakala angka kematian disemak semula di Israel berjumlah 1,147 maut.