“Satu tak cukup” – Shuhada tampil bisnes atas talian, pilih berdikari tanpa harap bantuan sesiapa

“Satu tak cukup” – Shuhada tampil bisnes atas talian, pilih berdikari tanpa harap bantuan sesiapa

 

Selepas diceraikan menerusi panggilan telefon minggu lalu oleh pelakon Hafidz RoshdiNurul Shuhada Mat Shukri dilihat aktif menggunakan media sosial untuk memulakan perniagaan.

Mulakan kehidupan sebagai ibu tunggal

Dia yang mengakui bahawa hidupnya lebih tenang dan bersemangat selepas melalui kemelut rumah tangga telah berkongsi luahannya yang kini memulakan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.

Menerusi satu lagi muat naik, Shuhada akui akur bergelar ibu tunggal dan memulakan perniagaan ini sebagai kelangsungan hidup.

“Thank you sebab terus support shu dalam transition hidup shu yang paling mencabar ni .

seperti yang semua sedia tahu , shu akan mulakan hidup sebagai single mother .

“jadi , kebanyakan orang akan fikir yang bukan bukan pada shu

“shu ada kat sini untuk ubah persepsi buruk orang pada single mother , shu nak keluar dari pandangan skeptik manusia yang kata single mother selalu jadi orang yang meminta minta dan berharap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak anak,” tulisnya.

Cari duit untuk kelangsungan hidup

Ujarnya lagi, dia sedar bahawa kemewahan bukan sesuatu yang menjamin kebahagian, namun beberapa keperluan dalam hidup perlu dilunaskan dengan duit.

Jadi, dia berharap agar orang ramai dapat menyokong perniagaan yang ingin diusahakannya supaya dapat menjana pendapat sendiri demi anak-anak.

” shu dengan rendah diri memohon semua yang ada kat sini untuk support business shu dan anak anak untuk harungi fasa seterusnya dalam hidup kami . money is not everything but we cant pay our bills with likes and shares .

shu sedar ramai yang senasib malah ramai juga yang lalu pengalaman lagi teruk dari shu . i respect you all for that,” kata Shuhada.

Tak nak bergantung kepada ‘pihak berkenaan’

Tegasnya, dia berazam untuk mencari pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada ‘pihak berkenaan’ lagi. Dia dengan semangat mengatakan bahawa azam tersebut bukan bersifat sementara kerana dia berazam dengan mutlak untuk membina kehidupannya semula.

“Jadi , shu pilih untuk bina sumber pendapatan shu sendiri tanpa bergantung pada pihak yang berkenaan . azam ni bukan azam sementara . ini azam mutlak !” ujarnya.

Terdahulu, pelakon, Puteri Sarah Liyana mengatakan bahawa Shuhada memang ada menghubunginya untuk meminta panduan bagaimana menghadapi masalah yang hampir sama dihadapi olehnya.

Susulan daripada itu, Shuhada dilihat aktif memulakan perniagaannya di media sosial bagi meneruskan kelangsungan hidup setelah diceraikan oleh Hafidz Roshdi minggu lalu.

Difahamkan, Shuhada akan menfailkan penceraian mereka pada 1 Mac nanti.