“Saya anggap itu kifarah ke atas saya kerana ambil suami orang, tapi…”

“Saya anggap itu kifarah ke atas saya kerana ambil suami orang, tapi…”

 

Sejak sebulan dua yang lalu sempat beberapa kali juga tular kisah mengenai seorang TikTokers terkenal iaitu Cik Pia atau nama sebenarnya Norsufia Johari.

Salah satu darinya adalah apabila wanita tersebut berkongsikan keadaan apabila terpaksa bersalin dan menguruskan segala proses sendiri tanpa langsung dijenguk si suami.

Awalnya berkeras enggan beri kerjasama untuk daftar nama anak

Malah ia sehinggakan berlarutan dan melibatkan beberapa jabatan kerajaan apabila lelaki berkenaan awalnya berkeras enggan berikan kerjasama untuk datang mendaftarkan nama anak.

Namun setelah masuk campur beberapa pihak, akhirnya suami kepada Cik Pia datang juga ke pejabat tersebut untuk menyerahkan dokumen peribadi miliknya bagi lengkapkan proses.

Allah dah balas semua benda kat saya. Company saya musnah, nama tak ada dalam company, produk semua tak ada dah bersama saya

Terbaru menerusi satu sedutan ketika rakaman live, Cik Pia dengan rendah hati akui mungkin semua yang berlaku ini adalah satu bentuk kifarah untuknya selepas berkahwin dengan suami orang.

Antara yang dilaluinya termasuklah kemusnahan syarikat, pemilikan namanya dalam syarikat serta habis tiada produk pernah di jual di tangannya.

@aidarich89

semoga semua wanita² didunia tepat kuat & tabah #wanita #kuatnyawanita #perjuangan #hati

♬ Tolong Jaga Perasaanku – Arief

Tapi, hanya Allah saja yang tahu kenapa saya berkahwin dengan suami orang…Sebab saya pun kena tipu jugak

Walau bagaimanapun, kesalahan tersebut tidak boleh diletakkan ke atas Cik Pia semata-mata.

Influencer tersebut mendakwa suaminya ketika itu memberitahu sedang dalam proses berpisah dengan isteri.

Malah sewaktu hendak berpisah satu ketika dulu, dia pernah dipujuk kembali oleh isteri pertama atas permintaan lelaki berkenaan.