“Saya bukan CEO syarikat..” – Boy Iman nafi jadi ‘scammer’ vendor raya, siap tunjuk kad id pekerja
Dalam kesibukan membuat persiapan raya, ratusan peniaga bersama selebriti meluahkan kesal gara-gara karnival Hoorrey X Fest yang sepatutnya berlangsung di PWTC menjadi lubuk mereka mencari rezeki malah dibatalkan saat akhir.
Kemudian, nama Boy Iman turut dipetik dalam penipuan terbabit selepas mendapati dia berada dalam senarai salah seorang pengelola di sebalik acara berkenaan.
Di dalam sesi live yang dilakukan di World Trade Centre (WTC) semalam, para peniaga meluahkan rasa kesal kerana mereka telah mengeluarkan modal yang sangat banyak sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk karnival tersebut.
@semboyankualalumpur Sedikit live siang tadi berkenaan tipu vendor/peniaga di pwtc yg sepatutnya berlangsung pada 19-21hb. Pada awalnya pihak management tidak memberitahu Boy Iman ada lah salah seorang penganjur tersebut. Memang buat hal! Kesian kepada peniaga yang dtg dari jauh & mananggung kerugian yg besar. #pwtckualalumpur #fyp #fypシ #foryoupage #semboyankualalumpur #semboyanmalaysia #boyiman
♬ original sound – Team Semboyan Malaysia – Team Semboyan Malaysia
Saya tak layak cakap sebab itu bukan syarikat saya
Pun begitu, Boy Iman atau nama penuhnya, Norul Iman Abdul Rahman telah membuat klarifikasi lanjut di Instagramnya semalam.
Jelasnya, syarikat penganjur itu sebenarnya diketuai oleh individu lain (CEO) manakala dirinya pula hanya berstatus pekerja biasa yang makan gaji.
Berkenaan isu scam ini, dia tidak layak bercakap banyak lantaran berkemungkinan dikenakan tindakan oleh pihak syarikat kerana masih bertugas di sana selari dalam kontrak tawaran.
Saya juga bersedia disiasat PDRM mengikut lunas perlembagaan negara kita
Berani kerana benar selain mahu membersihkan namanya daripada pelbagai fitnah, pelakon berusia 43 tahun ini akui bersedia disiasat pihak polis.
Tambahan pula, segala kenyataan yang dikeluarkan adalah benar dan sudah didokumentasikan secara sah mengikut undang-undang.
Korang ni pun satu, bila tahu sesuatu cerita, pergilah Google & check SSM
Menyedari ramai yang terus menghukum, dia berpesan agar netizen memeriksa dahulu kebenaran sesuatu berita sebelum menerima bulat-bulat.
Apalagi sekarang, segala maklumat boleh diakses di hujung jari.