“Saya cakap sambal itu haram” – Sambal petai dipertikai status halal, Ali Puteh tenang jawab

“Saya cakap sambal itu haram” – Sambal petai dipertikai status halal, Ali Puteh tenang jawab

 

Pelawak Ali Puteh meluahkan rasa sedih dan kesal kerana ada sesetengah pihak mempersoalkan status halal sambal petai yang diusahakannya selama ini.

Kata Ali, dia dilempar dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan dan ada yang mendakwa sambal yang dijualnya itu tidak halal dan kotor.

Pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan,34, memaklumkan bahawa dia tidak mengambil serius dan menganggap ia sekadar gurauan oleh netizen.

Tiga tahun saya kena kecam tu sudah biasa tapi yang paling teruk bila saya tengah meniaga ada yang cakap sambal petai tu halal ke?

Ali juga mempersoalkan keperluan individu berkenaan untuk berkata seperti itu sedangkan dia hanya menggunakan cili dan bawang dalam masakan.

Kenapa perlu cakap macam tu? Sedangkan itu saya hanya meniaga sambal saja dan bahan digunakan pun semaunya cili dan bawang saja, saya orang melayu kenapa perlu pertikaikan halal atau tidak?

“Saya anggap dia bergurau saja la dan ada juga yang bertanya kemudian saya cakap sambal itu haram. Itu cara saya bergurau kembali dengan dia. Sambal ini saya yang masak sendiri” ujarnya mengakhiri bicara.