“Saya dah penatlah tanggung biawak hidup” – Fatin Afeefa sindir bekas suami?

“Saya dah penatlah tanggung biawak hidup” – Fatin Afeefa sindir bekas suami?

 

Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa seakan memberi bayangan mengenai kehidupan lalunya bersama seseorang dimana dia telah banyak berkorban dalam menanggung kehidupan keluarganya.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan pelakon yang berusia 28 tahun itu sedang membuat siaran secara langsung bersama para pengikutnya di aplikasi tersebut.

@babes_faa

Betul jga kata Fateen tu🤪 #fatinafeffa #suamiistribahagia #fateen #artismalaysia #suamifatinafeefa #fateen_coffe #fateen

♬ original sound – vii_dio – vii_dio

Dalam video yang berdurasi pendek itu, Fatin Afeefa seakan meluahkan perasaan dengan mendedahkan dia sudah penat menanggung ‘biawak hidup’ pada suatu ketika dahulu.

Bagi pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu, dia mahu suaminya yang baru sahaja berkahwin pada Disember lalu menguruskan segala keperluannya sebagai seorang isteri.

“Saya dah penat lah tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup.
“Dulu saya dah dengar cakap korang, saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat lelaki kaya ni, saya dah dengar cakap korang.
“Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya. Biar je dia. Nanti korang faham lah, mencintai biawak tak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya baik je,” ujarnya.

Netizen terhibur!

Bukan itu sahaja, ramai turut terhibur dengan seloroh Fatin Afeefa yang menggelarkan suaminya yang juga merupakan seorang jutawan sebagai seekor biawak.

Sekadar info, Fatin Afeefa selamat bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada 30 Disember dan pernikahan yang mengejutkan ramai itu selamat melangsungkan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun selepas itu.