‘Saya pilih untuk berdamai, tetapi ditolak’ – Ali Puteh sebak tidak dapat berjumpa anak arwah Abam

‘Saya pilih untuk berdamai, tetapi ditolak’ – Ali Puteh sebak tidak dapat berjumpa anak arwah Abam

Sejak arwah Abam Bocey meninggal dunia pada 2020 lalu, hubungan antara Ali Puteh selaku adik arwah Abam bersama balu arwah Abam, Norhidayah dilihat tidak lagi sama.

Malah, seluruh negara menjadi saksi apabila keluarga ini dilihat berdepan dengan kemelut harta peninggalan arwah Abam diikuti dengan kematian arwah ibu Ali Puteh.

Terbaharu, Ali Puteh yang sedang berusaha keras membayar saman RM60,000 kepada Norhidayah, dilihat memilih untuk menjual baju bayi menerusi TikTok Live. Beliau juga sebelum ini turut memaklumkan akan cuba membayar tuntutan saman selewatnya Aidilfitri ini.

 

Ali Puteh turut mendedahkan beliau sebenarnya telah disekat daripada mengikuti sebarang perkembangan akaun media sosial Abam. Bukan sahaja Ali, malah ahli keluarga yang lain juga turut disekat daripada melihat akaun milik arwah Abam.

“Takkan saya nak tunjuk yang saya pun sudah disekat. Apa yang boleh saya katakan adalah, saya tidak tahu menahu mengenai Instagram milik arwah abang saya.

“Apa pun, Instagram ini hanya sekadar permainan industri. Apa yang penting adalah untuk memberikan bacaan Al-Fatihah buat arwah abang saya.

“Bukan apa, sekiranya tdak boleh melihat akaun itu, takkan saya hendak paksa pula. Bukan baru sehari dua (disekat), namun sudah bertahun sebenarnya,” katanya.

Berbincang mengenai isu melibatkan beliau dengan Nor Hidayah, Ali Puteh mendedahkan pernah terfikir untuk berdamai di luar mahkamah. Walau bagaimanapun hasrat beliau tidak kesampaian.

“Sebenarnya jalan untuk berdamai itu yang saya pilih. Namun ditolak. Mungkin jika ingin berdamai lagi akan bertambah hal. Bukan tak nak bayar, cuma kalau boleh nak bayar secara ansuran. Namun permohonan itu pun ditolak, mest ada yang tidak kena,” katanya.

Sementara itu, Ali Puteh turut meluahkan rasa rindu untuk bertemu dengan anak arwah Abam iaitu Hamzah. Lebih sebak, Ali Puteh turut mendedahkan ibu beliau juga tidak sempat bertemu dengan cucunya sebelum meninggal dunia.

“Saya cuma memikirkan anak arwah abang saya yang berada di situ. Selepas tiga tahun arwah Abam meninggal dunia pun, kami tidak dapat berjumpa dengan Hamzah.

“Bukan saya saja, malah arwah mak saya meninggal dunia pun tak berjumpa. Saya bukan nak menyalahkkan sesiapa, cuma akan mencuba sebaik mungkin untuk bayar saman RM60,000 secepat mungkin,” ulas Ali Puteh.