“Saya sibuk ni meeting” – Lelaki ‘naik angin’ tengah makan dengan skandal isteri call, tak sedar dirinya dirakam secara live

“Saya sibuk ni meeting” – Lelaki ‘naik angin’ tengah makan dengan skandal isteri call, tak sedar dirinya dirakam secara live

Daripada golongan artis sampailah ke netizen biasa, saban hari semakin ramai isteri mendedahkan perbuatan suami mereka yang berselingkuh tanpa memikirkan status sudah berkeluarga.

Makna suci sebuah pernikahan ibarat dibutakan dengan keseronokan bercinta dengan wanita lain.

Hari anniversary yang sepatutnya disambut bersama tapi dikhianati

Pandai masak, taat atau cantik macam mana sekalipun bukan lagi jaminan suami akan setia dengan isteri mereka.

Persis kisah dikongsikan wanita ini, dia menggigil setelah menyaksikan sendiri bapa kepada anaknya sedang makan berdua-duaan di sebuah kedai makan bersama skandal.

@lurveniaofficial

Tiada apa yg hendak dikata lagi, banyak kali bagi peluang masih sama….hari anniversary yg sepatotnya disambut bersama tapi dikhianati 🥹 jangan tanya kenapa tak serang, tiada penyelesaian jika ikot hati #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #hatiyangkausakiti #curangitupilihanbukanpaksaan

♬ original sound – LURVENIA BEAUTY – LURVENIA BEAUTY

Tiada apa yang hendak dikata lagi, banyak kali bagi peluang masih sama

Rupanya, wanita cantik ini sudah berkali-kali memberikan peluang kepada lelaki itu namun kesilapan sama tetap dilakukan.

Saat ditanyakan berada di mana, suaminya dengan suara kesal katanya ada mesyuarat walhal sedang bersuap-suapan dengan orang lain.

Kemudian, perempuan di sebelahnya itu malah merampas telefon dan berpesan supaya mereka tidak diganggu.

Takpelah Mama sambut sendiri je

Sempat merakamkan bukti dalam bentuk live TikTok, saat itu dia yang berada dalam kereta cukup kecewa kerana dikhianati di hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Pembohongan demi pembohongan dilakukan, dia sekadar mampu menyambut dan makan kak anniversary yang dibeli tanpa peneman.