“Saya suka duduk lama-lama dekat farmasi”, Tabiat Siti Nurhaliza yang ramai tak tahu

“Saya suka duduk lama-lama dekat farmasi”, Tabiat Siti Nurhaliza yang ramai tak tahu

 

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya.

Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta.

Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizxafan yang meraih perhatian ramai.

Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 8,660 , tanda suka sebanyak 225 dan sebanyak 10 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang memberitahu bahawa beliau sememangnya seorang yang teliti apabila membeli sesuatu barangan terutamanya alat solek dan amat suka duduk lama di suatu tempat ketika membeli belah.

“Saya kalau beli barang kan saya akan tengok hujung, depan, apa bagusnya produk ni kan. Hantar saya duduk dekat tempat kosmetik saya akan duduk berjam-jam saya belek satu per satu, dan juga saya juga orang yang boleh duduk dekat farmasi lama-lama dan itu adalah terapi saya”

@sitinurhalizafan

DS Siti Nurhaliza Suka Belek Dulu Barang Sebelum Beli ❤️

♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka juga begitu sehinggakan suami tidak mahu lagi teman membeli-belah kerana mengambil masa yang agak lama.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.