“Saya tak nak berdamai, takkan berdamai”- Puteri Sarah tetap mahu bercerai

“Saya tak nak berdamai, takkan berdamai”- Puteri Sarah tetap mahu bercerai

Pelakon, Puteri Sarah Liyana bertegas mahu berpisah dengan suaminya, Syamsul Yusof selepas sesi perbincangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal.

Memang nak bercerai

Memetik laporan dari hlive, Puteri Sarah menyatakan yang dia tidak mahu lagi berdamai dan memang mahu bercerai dan berharap sangat untuk dilepaskan segera kerana sudah penat dengan semua masalah yang dihadapi dalam rumah tangga.

 

 

Kalau tak ada cara lain, bakal guna khidmat hakam

Ujarnya lagi sesi mencari penyelesaian bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) berlangsung secara berasingan dan dia sudah bercerita semua sekali berkaitan apa yang dirasai sepanjang melalui masalah antaranya dan suami.

Tegas Sarah, jika suaminya masih lagi tidak mahu menjatuhkan talak, dia bakal menggunakan khidmat hakam sebagai alternatif terakhir bagi meletakkan tanda noktah dalam rumah tangga mereka.

 

 

Terdahulu, Syamsul Yusof yang ditemui ketika hadir ke Jawi untuk sesi tersebut meminta agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik bagi rumah tangganya bersama Sarah.

Dia juga berharap agar dapat berbaik dengan pelakon itu dan berdamai.

Walau bagaimanapun, apa yang dinyatakan berlawanan dengan isteri pertamanya kerana Puteri Sarah ingin segera dilepaskan disebabkan pelbagai masalah yang sudah terjadi termasuklah dimadukan tanpa kerelaan.