“Saya tak nak” – Kuat cemburu, Ustazah Asma’ Harun akui tak boleh terima poligami
Isu poligami yang dibangkitkan semula masih berlarutan menjadi debat hangat antara golongan lelaki dan wanita di pelbagai platform media sosial.
Susulan itu, ramai selebriti tempatan telah bersuara memberikan pendapat mereka berkaitan topik tersebut antaranya Puteri Sarah, Noorkhiriah, Caprice dan Achey.
Namun begitu, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun juga tidak terlepas mengutarakan pandangannya ketika ditanya sekiranya suaminya hendak berkahwin lain menerusi sebuah hantaran di TikTok.
@ustazahasmaharun USTAZAH KALAU SUAMI USTAZAH NAK KAWIN LAIN?#ustazahasmaharun #UAHSahabatDuniaAkhirat #fyp
♬ original sound – Ustazah Asma’ Harun – Ustazah Asma’ Harun
Walaupun soalan tersebut tidak pernah ditanya suami, namun Asma’ tetap dengan pendiriannya serta memberitahu bahawa dia enggan menerima kehadiran wanita lain.
“Saya jawab terus terang saya tak nak. Saya tak boleh terima. Saya daripada dulu sampai sekarang saya cakap benda yang sama.
“Tapi suami saya tak pernah tanya pendapat tu. Sebelum dia berniat nak tanya, saya dah bagitahu yang saya tak nak,” katanya.
Dalam pada itu, pendakwah berusia 39 tahun itu mendedahkan dia juga insan biasa yang memilikisifat kuat cemburu sama seperti wanita lain.
Bukan itu sahaja, dia bimbang kegagalan mengawal diri akan mendatangkan keburukan kepada dirinya yang juga merupakan seorang figura dihormati ramai.
“Saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu. Saya sangat bimbang saya tidak boleh mengawal cemburu saya dan akhirnya hilang akhlak saya, hilang diri saya.
“Saya tak boleh kawal emosi saya, akan jadi mudarat pada diri saya,” tambahnya.
Video pengakuan itu mendapat banyak persetujuan daripada warganet terutamanya golongan wanita yang menganggap dsifat cemburu merupakan lumrah perempuan terutama jika pasangan tidak dapat berlaku adil.
Kita makhluk sukar berlaku adil
Tak mampu nak hadap
Ustazah pun tak terima, apatah orang biasa
Hati kita sama
Tak boleh terima juga
Dipercayai, soalan itu diajukan kepada ustazah susulan tindakan seorang pempengaruh dikenali Abang Tesla yang mengumumkan perkahwinan kedua di TikTok sekali gus mengejutkan orang ramai.
Namun begitu, pempengaruh tersebut memaklumkan dia berkahwin secara sah dan telah mendapat keredaan isteri pertama terlebih dahulu.