“Saya terima dugaan dengan hati terbuka” – Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma

“Saya terima dugaan dengan hati terbuka” – Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma

Sebelum ini, keluhuran hati Datuk Chef Wan menjaga AllahyarhamAH ibunya, Cik Ani yang menghidap barah serta Alzheimer cukup membuatkan ramai terharu. Siapa sangka selepas lebih 7 bulan Cik Ani bertemu Ilahi, hari ini chef terkenal tersebut mengumumkan sebuah berita sedih.

Chef Wan disahkan hidap barah limfoma

Dalam coretan panjang di Instagram, Chef Wan mendedahkan dirinya menghidap barah limfoma dan khabar itu disahkan oleh seorang doktor pada jam 3 petang tadi. 5 hari lalu, sebenarnya dia ada mendapatkan pemeriksaan kerana terdapat kelenjar seperti bengkak terjadi pada bahagian tekak. 3 hari kemudian, Chef Wan juga telah menjalani operation untuk membuang ketulan tersebut.

 

 

Chef Wan akan jalani prosedur ‘tanam’ chemo pot untuk mulakan kimoterapi

Tambah tukang masak berusia 65 tahun ini, doktor berkata barah itu masih lagi di tahap awal dan punyai harapan pulih sebanyak 70% ke 80%. Justeru dia telah dijadualkan untuk menjalani rawatan kimoterapi secepat mungkin sebanyak 13 kali dalam tempoh 13 minggu.

Di saat ini, saya terima segala dugaan dengan hati yang terbuka

Apa yang menyedihkan, doktor maklumkan kemungkinan Chef Wan akan mula alami keguguran rambut sepanjang rawatan berlangsung. Di hujung hantaran, dia mengucapkan terima kasih atas doa ramai dan akan terus kuat melawan barah itu, InsyaAllah.