“Saya terima nikah Siti Hajar” – Video MK hadir kursus kahwin tular, tersipu malu kena panggil latih lafaz akad nikah

Penyanyi rap terkenal, MK daripada kumpulan K-Clique seolah-olah memberi bayangan bakal berkahwin dalam masa terdekat selepas memuat naik foto berukuran pasport memakai songkok.
Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila rakan artis turut meninggalkan ucapan tahniah di hantaran Instagram penyanyi kelahiran Sabah itu.
Kelihatan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan dipanggil ke hadapan untuk berlatih lafaz ijab dan kabul melalui wakalah.
@mista_bryan801 Kursus kahwin satu kelas dengan MK 😂 hilang ngntok tengok MK 🤣 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #MK
Apa yang menjadi perhatian adalah wajah tersipu malu MK ketika hadirin menjerit sah untuk latihan akad bersama seorang gadis bernama Siti Hajar.
Hadirin turut tertawa semasa ustaz bergurau senda menyakat saksi berbaju kelabu dan hijau. Di ruangan komen, salah seorang peserta kursus mengesahkan MK memang hadir mengambil kursus pra perkahwinan tersebut.
@mstarmalaysia Sudah terlambat, kelam kabut punca pegang tangan… MK K-Clique tiada niat pamer kemesraan secara terbuka #beritaditiktok #mstar
Wah, nampaknya memang dah tak lama tu. Semoga dipermudahkan!