“Saya tunggu 2 jam!” – Wanita kecewa bank tidak benarkan buka akaun simpanan kerana status suri rumah

“Saya tunggu 2 jam!” – Wanita kecewa bank tidak benarkan buka akaun simpanan kerana status suri rumah

Seorang suri rumah  meluahkan rasa kekecewaannya apabila tidak boleh membuka akaun di sebuah bank selepas dua kali hadir ke premis berkenaan.

Menerusi klip video TikTok tersebut, dia menjelaskan dirinya begitu kecewa dengan pihak bank berkenaan kerana diminta menunggu lebih dua jam untuk membuka akaun.

Malangnya, apabila tiba nombor gilirannya dipanggil, pihak bank memaklumkan dia tidak boleh membuka akaun kerana statusnya sebagai seorang ‘suri rumah’.

Jelasnya lagi, apa yang membuatkan dia begitu kecewa adalah ini bukanlah kali pertama dia ke bank berkenaan kerana sebelum ini, pihak bank sudah maklum dengan statusnya dan meminta dia menyediakan beberapa dokumen bagi membolehkannya untuk membuka akaun di bank berkenaan.

Pun begitu, setelah menunggu dua jam sebelum nombor gilirannya dipanggil apabila dia ke sana buat kali kedua, dia dimaklumkan bahawa dia tidak boleh membuka akaun dengan alasan statusnya sebagai seorang suri rumah.

“Kali pertama saya sudah tanya di kaunter, kenapa daripada awal pihak bank tidak cakap yang memang suri rumah tidak boleh buka akaun bank”

Apa yang dikesalkan, mengapa pihak bank meminta dia untuk datang semula dengan dokumen yang diperlukan sekiranya perkara tersebut (membuka akaun) adalah tidak dibenarkan.

@farhanah_said

♬ original sound – Ana_Nokcili – Ana_Nokcili

Tambahnya lagi, pihak bank sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keadaan bahawa suri rumah sepertinya tidak boleh membuka akaun bank dan tidak perlu dia bersusah payah untuk menyediakan dokumen dan membuang masa lebih dua jam untuk kali kedua.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dan memahami dengan kekecewaan yang dialami oleh wanita berkenaan.

Cats 13

Tidak kurang juga ada yang berkongsikan perkara yang sama berlaku kepada mereka ataupun ahli keluarga mereka yang tidak mempunyai kerja tetap atau suri rumah sepertinya.

Menurut pengguna TikTok yang lain pula, perkara ini adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan akaun oleh pihak tidak bertanggungjawab dan ada juga yang mencadangkan agar wanita berkenaan pergi ke cawangan lain atau bank lain untuk membuka akaun.