“Sebab itulah saya minta akak confirmkan tadi sebelum bayar”, peguam popular berkongsi kisah ditengking pelayan cafe popular

“Sebab itulah saya minta akak confirmkan tadi sebelum bayar”, peguam popular berkongsi kisah ditengking pelayan cafe popular

Tengahari tadi, kami singgah ke IOI City Mall Putrajaya.

Saya janji hendak belanja PA saya dan sahabat saya Nadia yang menemani saya sejak awal pagi sehingga selesai program Puspanita.

Kami pun singgah ke sebuah restoran yang terkenal dengan ‘salted egg pastry’. Harganya memang kategori mahal. Satu pastri cecah RM15-20.

Setibanya kami disana tempat penuh. Waktu kami mencari tempat duduk, pengurus cafe maklumkan kedai penuh. Saya tanya ada tanda-tanda surut atau tidak.

Katanya tidak dan dia pun seolah-olah tidak kisah jika kami bertiga tidak masuk cafe itu. Baguslah, perniagaan maju. Apalah sangat kami yang dia rasakan pelanggan biasa-biasa. Saya memang sudah janji hendak belanja, jadi selepas 30 minit kami datang kembali ke cafe.

Dia maklumkan, satu meja hanya 2 orang. Meja jangan sambung. Dia minta kami tunggu sebentar untuk kemas meja. Kami tunggu, dia pesan hingga 3 4 kali, MEJA JANGAN SAMBUNG! Bukanlah kami tidak faham, sudah dewasa kami semua. Cukup faham.

Kami duduk, kemudian kami berikan QR Code menu online untuk pesanan. Kami buka menu, semuanya sold out. Dessert sold out, minuman banyak sold out. Pesan air pun, jika cofee, harganya antara RM12-RM15. Jika kita mahu air extra hot untuk coffee, tambahan RM3.

Habis semua sold out dalam menu tetapi atas kaunter penuh segala pastri, saya minta PA saya belikan terus pastri di kaunter dan kami melayari menu lain melalui QR. Selesai PA saya bayar untuk 1 donut dan 2 cronut, harganya RM106.70. Tiada baki untuk RM100 yang saya berikan, siap perlu tambah lagi. Eh! Terperanjatlah saya.

Kata orang di kaunter, ini harga keseluruhan termasuk dalam QR Code yang kami order. Kami langsung tidak pesan lagi. Rupa-rupanya dia tekan harga order meja sebelah.

Kata PA saya, budak kaunter itu memang kasar. Bila PA tunjuk order meja paling hujung, dia tanya “Yerlah! Hujung yang mana?”. Saya tiada sana waktu itu. Kalau saya, belum tentu boleh sabar.

Kami panggil dia berkenaan order RM106.70. Saya rasa dia sudah salah tekan. Dia datang, dengan muka tertekan dan stress. Dia kata pada PA saya “Sebab itulah saya minta akak confirmkan tadi sebelum bayar!!”, suaranya agak tinggi. Mukanya ketat.

PA saya jawab dengan nada biasa”Kan akak kata meja tudung oren, kan tak ada meja lain tudung oren”.

Pelayan itu geleng kepala sambil menjeling. Dia kata “Jom, ikut saya pergi kaunter”, mengarahkan PA saya membontotinya.

Saya sudah hilang sabar. Saya bangun, saya menghampirinya “I think this is not the way you talk to your customer. You need to talk nicely. You supposed to treat people nicely”. Apalah layanan begini. Kalau pergi kedai mamak pun, tidak pernah saya terima layanan kasar begini. Terkejut saya.

Kemudian dia perli dengan nada sinis “Ye kak! Jom ikut saya pergi kaunter”, sambil tangannya sebelah di dada dan buat gaya tunduk. Wah! Saya rasa melampau dan biadap.

Saya pergi ke kaunter, saya jumpa pengurus. Kata sahabat saya Nadia, batalkan sahaja semuanya. Keterlaluan dan melampau.

Saya kata “I do understand if you are stressful. I am also stressed at times! But you need to respect people. I thought this place is supposed to be very high end. The way you treat people. You people are so rude”. Sambil saya bercakap tiada permohonan maaf daripada pelayan tersebut.

Pengurusnya hanya kata “We are sorry puan”. Terus dia segerakan hendak pulangkan semua duit kami. Sambil mata-mata lain memandang. Bukan saya hendak create scene tapi ini berkenaan adab, jangan dia rasa cafenya mahal, boleh pijak-pijak kepala PA saya.

Si pelayan itu terus merenung tepat ke muka saya sewaktu pengurusnya cancel order, dia hendak saya tahu dia tidak puas hati dengan saya. Budak ini usianya kurang daripada 25 tahun saya rasa. Sungguh biadap! Saya terus lihat mukanya “Why are you staring at me like that?” Terus dia beredar. Sedikit maaf pun tiada.

Kita bukan minta dilayan seperti raja tetapi hanya budibicara dan hormat. Saya pernah ke Tony Romas, saya pesan Lamb Ribs. Tiba-tiba yang dihantar Beef Bounty Ribs. Kemudian saya kata pesanan ini salah. Pelayan itu semak semula order, benarlah saya pesan Lamb Ribs. Saya sudah beberapa minggu teringin hendak makan Lamb Ribs.

“Yelah kak. Salah saya. Sorry kak”. Bahasanya lembut dan dia sopan. Mukanya serba salah, serba tidak kena. “Akak nak pesan yang baru ke?”

“Kalau akak pesan yang baru, gaji awak kena potong tak”. Dia angguk. Saya fikir semula. Haihh, jadi gajinya bakal ditolak dalam RM70-RM80. Kasihan pula “Takpelah dik, beef ribs ni pun sedap. Akak makan yang ini”.

Sebab dia layan saya baik. Sebab dia menyesal perbuatannya. Sebab dia jujur dan ikhlas. Makanya 1000 kali saya balas kebaikannya itu. Kalaulah pelayan di kafe tadi, menggunakan kaedah yang berbeza. Dia layan dengan senyuman dan hormat. Pastinya situasi tadi berbeza.

Saya teringat, kes Lepat dan sahabatnya yang pergi ke butik LV. Dilayan dengan cara penghinaan. Sahabat Lepat jadi marah dan dia ambil beg LV yang dibelinya dan dia gunting terbelah dua, dihadapan pengurus butik LV. Harga beg yang ribu-ribu.

Pesannya pada Lepat “Ini bab maruah pat! Aku tak suka orang layan kita macam pel*q!”.

Tiada manusia yang patut dilayan hina atau dipandang rendah melainkan jika dia melakukan perbuatan yang terkutuk atau hina di mata agama dan undang-undang. Kita semua sama sahaja.

Oleh Nor Zabetha

COMMENTS