Sebabkan simpan dendam pada tuan, kucing kesayangan jadi mangsa sihir

Sebabkan simpan dendam pada tuan, kucing kesayangan jadi mangsa sihir

 

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus.

Sudah pastinya, perkara sihir ini salah di sisi agama. Malah, dalam sesetengah kes ada juga yang menggunakan sihir serta ilmu hitam ini sehingga mangsa meninggal dunia.

Terbaru, seorang wanita berkongsi ada individu yang menyimpan dendam dengannya lalu bertindak menghantar sihir kepadanya namun sihir itu tidak mengena terus kepada wanita tersebut sebaliknya terkena kepada kucing peliharaannya.

@meelchaaa

Patut lately mechaa banyak diam, muka tak semangat. Rupanya ade benda yg dia thu tp tk dpt bgthu dkt saya 🥲💔 maafkan mommy chaa 💔 sihir and makhluk yang duduk berkumpul dalam perut tod, alhamdulillah dah dpt dikeluarkan melalui muntah yg berda*ah. Kalau nk tgok, boleh tgok di post sblum post yg ini. Semoga semua dapat ambil iktibar dr pengalaman saya #kucingdisihir #sihirdengki #cat #kucing #fyp #foryou #foryoupage

♬ Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE

Perkongsian TikTok @meelchaaa itu mendapat perhatian netizen, difahamkan ada individu yang tidak puas hati dengannya dan cuba untuk menghantar sihir kepadanya tetapi kucing kesayangannya yang diberi nama Todd yang menjadi mangsa.

Lebih menyedihkan, si comel itu kelihatan lemah dan dia mengeluarkan muntah darah selepas terkena sihir itu.

“Atas amanat perawat saya untuk kongsikan pada semua orang agar dapat dijadikan iktibar. Binatang pun boleh kene sihir , apatah lagi manusia kene sihir. Semuanya atas izin Allah.

Allahuakhbar, luluh hati saya sebagai seorang ibu kepada kucing-kucing saya, lagi lagi Todd bila dia meronta meraung macam tu.

Maafkan mommy Todd, sebab kan dendam orang dekat mommy, Todd yang jadi mangsa,” tulisnya di kapsyen.

Wanita itu turut memberi pesanan kepada sesiapa yang melakukan perbuatan keji itu untuk bertaubat serta kembali ke jalan yang benar.

Dalam posting tersebut, dia turut berkata bahawa dia telah memaafkan perbuatan itu dan reda atas kejadian tersebut.