“Sebijik” – Lelaki tiru gaya S Shamsuddin dalam filem Tiga Abdul terima pujian ramai

“Sebijik” – Lelaki tiru gaya S Shamsuddin dalam filem Tiga Abdul terima pujian ramai

 

Tidak dinafikan, filem arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sememangnya diminati ramai orang dari dulu sehingga sekarang

Elemen-elemen lucu yang dimasukkan dalam setiap filem arahannya telah meninggalkan kesan kepada para penonton.

Jadi, tidak hairanlah jika dialog-dialog popular masih meniti di bibir kita sehingga ke hari ini. Senang cerita, filem arahan Allahyarham P Ramlee semuanya evergreen dan tidak jemu untuk ditonton.

Baru-baru ini, seorang lelaki melakonkan watak Allahyarham S Shamsuddin dalam filem Tiga Abdul telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @laguvideoradhi, kelihatan lelaki itu memakai pakaian persis seperti Allahyarham S Shamsuddin dalam filem Tiga Abdul.

Apa yang menariknya, wajah lelaki tersebut juga kelihatan mirip seperti Allahyarham S Shamsuddin.

Walaupun dia hanya miming dengan menggunakan suara asal di dalam filem terbabit, namun mimik muka dan pergerakan tangannya tidak ubah seperti lakonan pelakon lagenda itu.

@laguvideoradhi

#pradhi #vedioradhi #pramlee #tigaabdul #fyp #terding #jalanampas @AR wanz @Perantau Kota @amirull @Kelvin Ray @NAWLAA@UWWAIS

♬ original sound – P.Radhi – P.Radhi

Rata-rata netizen turut berpendapat gaya lakonan sangat serasi dan hebat seperti Allahyarham S Shamsuddin.

Image from @laguvideoradhi (TikTok)

Image from @laguvideoradhi (TikTok)

Image from @laguvideoradhi (TikTok)

Muka dia pun serupa masalahnya, mantaplah bang!