Secanggih mana pun kereta Tesla, namun tetap punya kecacatan

Secanggih mana pun kereta Tesla, namun tetap punya kecacatan

DUA lelaki terbunuh selepas sebuah kenderaan Tesla yang dipercayai bergerak tanpa pemandu, merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Texas, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurut laporan televisyen tempatan KHOU-TV, kenderaan Tesla Model S 2019 itu dilaporkan sedang bergerak pada kelajuan yang tinggi dan gagal membelok di selekoh sebelum kenderaan tersebut terbabas di bahu jalan lalu merempuh sebatang pokok.

Rempuhan tersebut mengakibatkan berlaku kebakaran.

Sementara itu, Konstabel Mark Herman dari Harris County Presint 4 memaklumkan, sebaik api berjaya dipadam, pihak berkuasa menemukan dua penumpang dalam kenderaan tersebut.

Mangsa masing-masing berada di tempat duduk penumpang di bahagian depan dan belakang.

Kemalangan berlaku di tengah-tengah pemerhatian yang sedang meningkat berhubung sistem pemanduan separa automatik Tesla berikutan kemalangan baru-baru ini, selain Tesla dijangka melancarkan perisian ciri pemanduan autonomi penuh.

Agensi keselamatan kenderaan Amerika Syarikat (AS) pada Mac lalu memaklumkan pihaknya telah membuka 27 kertas siasatan kemalangan membabitkan kenderaan Tesla. – AA