Sedap & berlemak! Resepi puding coklat guna 3 bahan je!

Sedap & berlemak! Resepi puding coklat guna 3 bahan je!

 

Siapa pernah cuba buat puding coklat tetapi hanya guna 3 bahan sahaja? Walaupun tidak memerlukan bahan yang banyak tetapi hasilnya sangat memuaskan dan sedap.

Kalau tak percaya, boleh cuba resepi puding coklat di bawah seperti perkongsian Alisya Fashihah. Mommy yang tak ada idea untuk menu petang, boleh cuba resipi ini.

RESEPI PUDING COKLAT GUNA 3 BAHAN JE, SEDAP & BERLEMAK

PUDING COKLAT

Bahan-bahan diperlukan:

  • Serbuk agar-agar
  • Susu coklat kesukaan anda
  • Gula 2 sudu besar

Cara penyediaan:

1. Panaskan susu coklat dalam periuk dan masukkan 2 sudu besar gula.

2. Kemudian, masukkan 1/2 paket serbuk agar-agar.

3. Kacau sehingga sebati dan biarkan campuran mendidih.

4. Sementara itu, potong bahagian atas kotak susu dan masukkan campuran ke dalam kotak susu.

5. Pastikan tapis terlebih dahulu sebelum memasukkan campuran.

6. Akhir sekali, biarkan semalaman di dalam peti ais.

7. Selepas satu malam di dalam peti ais, keluarkan puding daripada kotak dan potong.

Walaupun hanya tiga bahan sahaja tetapi cukup rasa dan makan sejuk-sejuk memang sedap.

Mudah kan? Selamat mencuba!