Sedap! Resepi apam puri inti kastard, siap warna-warni!

Sedap! Resepi apam puri inti kastard, siap warna-warni!

 

Apam Puri merupakan salah satu kuih tradisional di negara ini yang mempunyai warna menawan sebagai daya penarik di mata sesiapa saja yang memandangnya.

Biarpun ia sukar dijumpai, namun masih ada lagi yang mengenali kuih ini kerana rupanya yang seakan kuih karipap tetapi memiliki kulit yang berwarna-warni dan inti bewarna kuning keemasan.

Justeru itu, bagi mengekalkan kewujudan apam ini dari semakin dilupakan, apa kata anda sendiri cuba menghasilkannya di rumah seperti perkongsian resipi dari Nur Ain Natasya di bawah.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana rasanya, bukan? Kalau nak tahu, anda kena cuba buat!

APAM PURI KASTARD KUIH TRADISIONAL SEAKAN KARIPAP

apam puri

Gambar: Nur Ain Natasya

Pernah jumpa kuih ini dekat mana-mana? Mungkin ramai dah tahu tapi mungkin ramai juga belum tahu kuih ini. Kuih ini dipanggil Apam Puri yang mempunyai tekstur gebu dan lembut di kulit luar dan inti berkrim kastard kuning yang manis. Susah nak jumpa kuih ini sebenarnya.

Kebiasaannya kuih ini berwarna merah, hijau dan kuning. Tetapi kali ini, Ain buat warna ungu dan biru untuk mempunyai vibe seakan galaksi. Dulu masa saya kecil-kecil memang favourite betul, lagi suka bila intinya banyak. Kuih yang sangat bernostalgia!

Tetapi sekarang ia semakin dilupai, tak ramai orang jual. Jadi, apa kata kita buat sendiri sahaja. Jangan risau kuih ini tidak terlalu manis kerana rasa manisnya seimbang.

Bahan-bahan dan cara buat inti:

apam puri

  • 3 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna kuning
  • 3/4 cawan gula
  • 3 sudu besar tepung kastard
  1. Sediakan bahan-bahan inti di atas.
  2. Masukkan kesemua bahan.
  3. Gaul rata dan buka api.
  4. Kacau hingga kental.

Bahan-bahan dan cara buat kulit:

apam puri

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 cawan air
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan kulit dan kacau sebati.
  2. Tapis adunan kulit tadi.
  3. Masukkan pewarna dan kacau rata.
  4. Tuang bancuhan ke atas non-stick pan yang dipanaskan.
  5. Tunggu sehingga kelihatan ada buih atas permukaan bancuhan.
  6. Kemudian, ia boleh diangkat.

Cara hasilkan apam puri kastard:

apam puri

  1. Guna acuan karipap dan letak kulit di atas acuan tersebut.
  2. Kemudian, letakkan inti di atasnya.
  3. Kepit acuan dan buang lebihan kulit di tepi.
  4. Dah siap!

Kuih ini boleh buat dengan apa-apa warna favourite korang. Selamat menikmatinya!