“Sedarkah dosa kamu?” – Datin Patimah ‘sound’ penyondol sebab runtuhkan masjid anak dan menantu?

“Sedarkah dosa kamu?” – Datin Patimah ‘sound’ penyondol sebab runtuhkan masjid anak dan menantu?

 

Tak dinafikan sejak tahun lepas dan masih ‘melarat’ hingga sekarang, isu rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih lagi menduduki carta teratas cerita hiburan.

Bukan setakat saling berbalas tentang konflik rumah tangga dalam media sosial, tidak terkecuali netizen yang turut serta menghangatkan suasana.

Penyelesaian cara baik…Syamsul & Puteri Sarah bakal berpisah lepas fikir soal anak

Bagaimanapun, semuanya hampir menuju ke titik noktah apabila pengarah sensasi tersebut membuat persetujuan untuk bakal melafazkan talak kepada Puteri Sarah Liyana selepas memikirkan masa depan anak-anak.

Difahamkan, mereka berbuka puasa bersama dan berbincang secara baik sehari sebelum prosiding kedua kelmarin.

@tastefood53

Haihhh😞 ”Dalam kehidupan kita Tidak boleh memiliki semuanya.Sekuat mana kita genggam,seluar mana kita cuba tahan bila masanya allah nak kita lepaskan,kita kena lepaskan.Banyak hal yang kita tak boleh miliki dalam masa yang panjang sebab fitrah duniawi memang datang dan pergi.”Puteri Sarah Liyana✌🏻 #psl#puterisarahliyana#teamputerisarahliyana#puterisarahfans#syamsulyusof #gosip#gosipartis #artis#artismalaysia#malaysia#trending#trendingsong #trendingvideo#trendingtiktok #trendingnewsmalaysia #trendingnow#trendingviralvideo#fyp#fypシ#fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #viral#viralvideo#viraltiktok#virall#viral_video#viralvideos#viralditiktok#viralllllll

♬ suratan atau kebetulan – ◦•●◉✿💞🅡🅔🅔🅩💞✿◉●•◦

Sekuat mana pun genggam…bila sampai masanya Allah nak kita lepaskan, kita kena lepaskan

Menerusi Instagramnya malam tadi, Puteri Sarah reda fitrah bahawa tiada satu pun bersifat kekal di dunia ini.

Justeru apabila Allah S.W.T. mengatur agar lepaskan sesuatu dalam kehidupan, kita perlu belajar terimanya dengan hati yang terbuka sekalipun ia mengambil tempoh masa yang agak lama.

Sedarkah dosa kamu yang telah runtuhkan rumah tangga & buatkan air mata seorang ibu mengalir tanpa henti

Dalam pada itu, Datin Patimah melalui IG Story miliknya pula menulis tentang dosa seseorang yang telah meruntuhkan sesebuah rumah tangga sekali gus mengalirkan air matanya selaku seorang ibu.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, namun ia jelas ditujukan kepada pihak yang menjadi punca terlerainya perkahwinan antara anak dan menantunya.