Sedia terima tawaran Ismail, ahli dakwa Guan Eng sudah nyanyuk

Sedia terima tawaran Ismail, ahli dakwa Guan Eng sudah nyanyuk

DAP terbuka menerima pelawaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk pemimpin pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Kebangsaan dan Jawatankuasa Khas Covid-19.

“Demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian, DAP sanggup mempertimbangkan tawaran untuk kepimpinan pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 asalkan bukan sekadar tangkap muat dan menjadi ‘rubber stamp’ kerajaan semata-mata,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ciapan di Twitter.

“Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya merujuk titah Yang di-Pertuan Agong kepada ketua-ketua parti, awal minggu ini.

Ismail membuat tawaran untuk kerjasama antara parti itu dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri kesembilan, hari ini.

Ismail yang mengakui kemelut politik dihadapi negara baru-baru ini memberi kesan terhadap rakyat, turut berkata kestabilan politik menerusi kerjasama dengan pembangkang adalah penting.

Majlis Pemulihan Negara yang dibentuk bulan lalu dianggotai wakil daripada sektor swasta, pakar industri and pakar kesihatan yang ditugaskan membawa Malaysia keluar dari wabak Covid-19.

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri kewangan Tengku Zafrul Aziz sebelum ini turut menjemput Pakatan Harapan, Warisan serta Pejuang untuk menghantar wakil.

Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 diumumkan hari ini, dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Ismail menjelaskan lanjut mengenai sasaran dan komposisinya.

Sumber – FMT