Sedih mesej tidak dilayan, Din Tantawi terpaksa merayu Azmin batalkan kebenaran Carlsberg melalui facebook

Sedih mesej tidak dilayan, Din Tantawi terpaksa merayu Azmin batalkan kebenaran Carlsberg melalui facebook

Pengerusi YADIM, Ustaz Nasruddin Hassan meluahkan rasa kecewanya terhadap beverapa keputusan kerajaan yang dianggap tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam, terutama ahli partinya.

Dalam satu hantaran fb terkininya, dia menyentuh iau yang hangat diperkatakan sejak semalam mengenai kelulusan menteri MITI membenarkan syarikat arak terkemuka didunia meneruskan operasinya semasa PKP. 3 0 ini.

“Kelab Malam, Pusat Judi, Kilang Arak dan sektor seumpamanya tidak ada nilai ESSENTIAL untuk dibenarkan beroperasi sepanjang musim Total Lockdown ini” luahnya.

Dalam masa yang sama, netizen mengambil peluang bertanyakannya tentang tindakan Pas terhadap kelulusan tersebut, sedangkan rakyat mengetahui betapa bencinya parti itu terhadap arak.

“Nasrudin Hassan dulu(zaman jadi pembangkang sembang kencang) ketika kes penagihan meningkat sembang cucuk jarum2 tu semua kat bontot para mufti, sekarang macamana pulak Nasrudin Hassan At Tantawi, ketuk botol2 arak tu kat kepala semua pihak yg berkuasa termasuk Pengerusi YADIM ke???”, luah Mohd Mohd, pengguna fb dalam komennya.

Malah seorang yang lain pula bertanya soalan lebih pedas. “Ada dalam kerajaan pun tak guna PAS ni. Seronok jadi Menteri dan pegang jawatan GLC, benda simple mcm ni pun x boleh influence your “Cabinet Team”. Sama2 dapat saham lah (sama mcm PAS cakap kat Umno masa Umno berkuasa). Tak payah beralasan, konon2 bantah benda yg dah jalan. Mcm draw 22 totto….apa jadi? Sama jer x berubah…podah!”, getus Jai Ismail dalam komen yang lain.

Seorang pengguna fb lain bernama Azmi Bahari pula menxadangkan “Kalau X mampu Tutup Kilang tu Waktu Nomal, Masa LockDown Gempaq Sikit Suruh Tutup, kalau x Tarik Sokongan Kepada Kerajaan PN, Tunjuk Sikit Sifat King Maker, Kalau Tak Takut Hilang Gaji & Jawatan La.. 😁😁 Klu tak tunggu la Allah Tanya Nanti”.

Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi PAS berkaitan isu syarikat arak ini. Semoga ianya nanti mampu memberikan keselesaan dan keharmonian hidup rakyat Malaysia dengan kepelbagaian agama dan bangsa ini.