Sedut lemak terapi atasi rasa bosan, dedah janda ‘hot’ ini

Sedut lemak terapi atasi rasa bosan, dedah janda ‘hot’ ini

Siapa tidak kenal dengan pemunya nama Zarina Anjoulie ini, artis berdarah campuran yang sangat hot dan vogue meskipun penglibatannya dalam bidang hiburan dianggap ‘suam-suam kuku’ sahaja.

Lebih selesa menggelarkan dirinya Anju, dia telah beberapa kali terpalit dengan isu panas sepanjang terlibat aktif dalam dunia hiburan yang penuh glamour.

Ini termasuklah mengharungi episod duka dalam dua perkahwinan yang gagal sebelum ini, walaupun kini dikhabarkan sedang menyulam cinta bersama artis lelaki tampan, Zoey Rahman.

Baru-baru ini perkongsian pelakon sensasi Zarina Anjoulie menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan dia melakukan rawatan sedut lemak (Liposuction) di sebuah klinik estetik swasta.

 

.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen sehingga ada yang mendakwa rawatan sedut lemak yang dilakukan itu adalah haram bagi seorang Muslim.

Tidak hanya berdiam diri, Anju bertindak membalas kritikan segelintir kaum lelaki dengan mengatakan menonton video lucah sambil beronani juga haram dan berdosa.

Dalam pada itu, Anju berkata dia tidak terikat dengan mana-mana kontrak produk kurus serta menafikan dakwaan bahawa dia menipu dalam proses penurunan berat badan.

“Sedut lemak bukan sedut sampai 10 kilogram (kg) satu bahagian dan selepas susut berat badan kena ‘maintain’ saya masih guna suplemen.

“Kontrak saya bersama satu produk kurus sudah tamat pada minggu lepas, jadi suka hati sayalah nak sedut apa. Kalau saya menipu pengikut, baik saya diam tak buat hantaran apa-apa (di media sosial),” katanya.

Anju berkata lagi, dia mengakui sukar untuk menurunkan berat badan selepas bersalin da tiada masalah untuk berbelanja untuk melakukan rawatan tersebut.

“Sebab perut buncit lepas beranak, susah nak hilang walaupun joging dan bersenam, saya pergi sedut lemak. Saya janda, bosan duduk rumah seorang tak tahu nak buat apa dengan duit, jadi saya pergilah (buat prosedur),” katanya.

Sumber – RotiKaya