Sehari menjelang hari pengundian, tular ‘istana hinggap mewah’ milik Rauf

Sehari menjelang hari pengundian, tular ‘istana hinggap mewah’ milik Rauf

Bahang kempen PRN Melaka dijangka mengalami kemuncaknya hari ini. Dengan pengumuman Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri Melaka, sudah tentulah ianya menambahkan lagi perseteruan UMNO terhadap Bersatu.

Umum tahu Mas Ermieyati merupakan calon PN di DUN Tanjung Bidara, calon dimana Pengerusi UMNO Melaka, Ab Rauf bertanding. Malah bukan lagi rahsia selama ini bahawa Ab Rauf merupakan calon Ketua Menteri sebenar UMNO meskipun cuba dirahsiakan.

Malah penganalisa politik menganggap, DUN Tanjung Bidara menjadi DUN tumpuan dalam menyaksikan pertarungan sebenar calon Ketua Menteri Melaka antara PN dan BN.

Namun sedikit menghairankan kenapa PN meletakkan Mas bertanding di situ, malah lebih berani menamakannya sebagai calon Ketua Menteri pula sekiranya menang nanti?

Bukannya Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional tidak tahu perkara tersebut. Sementelah Tanjung Bidara sendiri telah diisytiharkan sebagai kubu kuat UMNO sekian lama. Adakah dengan meletakkan Mas bertanding di situ dianggap satu tindakan bijak, bukannya bunuh diri?

Nampaknya segala persoalan tersebut terjawab baru-baru ini dengan satu perkongsian mengejutkan oleh seorang pengguna media sosial mengenai gaya hidup Ab Rauf, calon Ketua Menteri Melaka UMNO itu.

Pengguna media sosial yang menggunakan nama akaun Enal Zainal itu mendedahkan kekayaan dimiliki Ab Rauf. Malah dia turut memuat naik beberapa keping gambar ‘istana hinggap’ Ab Rauf yang boleh dikelaskan sebagai ‘super mewah’.

“Cukup hebat..cukup mewah. Sape kata orang Melayu tak boleh hidup kaya dengan segala kemewahan yang orang lain tak ada. Nak jadi pemimpin yang boleh di contohi mesti hidup umpama raja..barulah orang kampung di sekelilingnya boleh sokong. Orang kampung ramai yang miskin tu perkara biasa tapi pemimpin mesti jadi super rich..barulah dapat kuasa walau apa pun caranya.”


Tambahnya lagi, ini bukanlah kediaman rasmi Ab Rauf, kerana dia dikatakan memiliki kediaman lain yang jauh lebih besar dan mewah daripada ini.

Dia juga turut mendedahkan latar belakang Ab Rauf sebelum berkecimpung dalam dunia politik di mana dakwanya Ab Rauf hanyalah bekerja sebagai tukang servis aircond. Bayangkan betapa banyak kekayaan yang berjaya dikumpulnya selepas menceburi bidang politik.

Justeru tindakan PN meletakkan Mas bertanding di situ di lihat sebagai hasrat untuk menyekat kerakusan nafsu Ab Rauf dari terus merompak hasil mahsul negeri Melaka, terutamanya dalam isu skandal pasir yang dikaitkan dengannya sebelum ini.

Seandainya benar dakwaan Enal Zainal itu, adalah satu keperluan kepada Ketua Menteri PN mahupun PH yang bakal terlantik selepas ini menjalankan siasatan segera terhadapnya.

UMNO, jika dibiarkan berkuasa selepas tewas, maka inilah musibah yang akan menimpa rakyat terbanyak.