Sejak bayi anak Hidayah disihir, pegang sudu pun dah tak kuat sebab saraf rosak

Sejak bayi anak Hidayah disihir, pegang sudu pun dah tak kuat sebab saraf rosak

Biasa tangan kanan sihat…sekarang nak makan pun ‘Ucuk’ tak kuat pegang sudu

Menerusi perkongsian terbaru di Facebook pula, abang Hidayah sedih melihat keadaan Hamzah akibat penangan gangguan mistik tersebut. Walaupun sebelumnya sihat, tapi kini tangan kanan kanak-kanak berusia 3 itu didakwa lemah hingga tak mampu pegang waima sebatang sudu sekalipun.

 

Apa dosa dia, dari baby kau hantar sihir…sampai rosakkan sistem urat saraf ‘Ucuk’

Dedah Mohd Azmier lagi, dugaan yang dialami Hamzah rupanya bermula sejak masih bayi lagi. Meskipun sudah 3 tahun kunci mulut, tapi dia tidak sanggup lagi melihat anak buah kesayangannya menderita hingga rosak saraf. Susulan itu, abang Hidayah berharap agar identiti pelaku sihir segera terbongkar kerana mahu bersemuka dengannya.

Sabar ye sayang…orang yang buat kita, hidup dia takkan selamat dunia akhirat

Dalam pada itu, Hidayah menerusi ruangan komen berkata dirinya akan berusaha sehabis baik demi masa depan anak tercinta. Malah berbekalkan doa ramai pihak, dia yakin si pelaku tidak selamanya terselamat gara-gara amalkan perbuatan terkutuk itu.