“Sejak menantu aku menjanda, ramai nak try” – Yusof Haslam peluk Puteri Sarah atas pentas buat ramai sebak

“Sejak menantu aku menjanda, ramai nak try” – Yusof Haslam peluk Puteri Sarah atas pentas buat ramai sebak

 

Kemunculan pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam sebagai cameo di program Sepahtu Reunion Live semalam menggamatkan suasana apabila dia digandingkan sepentas bersama bekas menantunya, Puteri Sarah.

Kasih sayang mentua & menantu

sarah yusof haslam

Menerusi klip video program tersebut, Puteri Sarah sedang menunggu kemunculan cameo yang diundang pada akhir rancangan.

Alangkah terkejutnya apabila cameo tersebut adalah Yusof Haslam dan dapat dilihat Puteri Sarah bersalaman serta memeluk bekas bapa mentuanya itu.

Penerbit berusia 69 tahun itu secara spontan berseloroh dengan menyatakan ‘ramai cuba masuk line Puteri Sarah’ dan semestinya mendapat sorakan kuat daripada penonton.

Aku sedar, sejak menantu aku menjanda ramai yang nak try.

Kau tak payah ambil hati aku, kau tak layak jadi menantu aku.

Netizen sebak

sarah yusof haslam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat momen mereka dan menyifatkan Yusof sebagai seorang bapa mentua yang penyayang.

Sementara itu, warganet juga mendakwa setiap dialog yang dilontarkan oleh Yusof sangat mendalam seperti ada maksud yang tersirat.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah selepas kemelut rumah tangga berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

@tomatokaramel

Boleh nampak Datuk Yusof still sayangkan menantunya Puteri Sarah🥰😍😢 Jep pun try kena marah😅😁🫣 Sepahtu Reunion Live 2023 #foryoupage #fyp #masukberanda

♬ original sound – Username : Tomato😊 – Username : Tomato😊