Sekalipun dinafikan, sumber rapat sahkan dua Menteri Bersatu bakal menyeberang

Sekalipun dinafikan, sumber rapat sahkan dua Menteri Bersatu bakal menyeberang

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berdepan tekanan selepas tular maklumat mengatakan dua menterinya bakal menyeberang kembali kepada UMNO dalam tempoh kempen PRN Johor akan datang.

Menurut sumber dalaman, persetujuan akhir telah dibuat di antara menteri terlibat dan wakil UMNO sebelum akta lompat parti mula dibentang di parlimen seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga Undang-Undang, Wan Junaidi kelmarin.

Meskipun dakwaan tersebut dinafikan oleh SUA Bersatu, Hamzah Zainuddin, namun ianya sekadar dianggap cubaan mengendurkan ketegangan yang sedang berlaku di dalam parti pimpinan Muhyiddin Yasin itu.

Menurut sumber, semakin ramai pimpinan parti pecahan UMNO itu menyatakan rasa kecewa dengan politik dalaman Bersatu sehingga menyaksikan beberapa figura penting parti telahpun mengisytiharkan keluar parti baru-baru ini.

Malah pertembungan antara kem Azmin dan Hamzah sendiri dianggap punca kepada masalah tersebut.

Menurut pemerhati, langkah memecat Zuraida juga dikatakan bermula daripada desakan kem dikuasai Hamzah bagi menguatkan cengkamannya di dalam parti menjelang PRU-15 nanti.

Zuraida sebelum ini diberitakan bakal dipecat selepas dikaitkan dengan penubuhan parti baru, Parti Bangsa Malaysia yang rata-rata keahliannya terdiri daripada ahli PKR yang pro kepada Azmin.

Malah, beritanya ditendang keluar daripada grup perbualan whatsapp pimpinan Bersatu menguatkan lagi dakwaan tersebut.