“Sekarang ni, aku nampak banyak bad habit bapa mertuaku, dia seorang kaki minum arak, sentiasa minum beer di dalam or luar kawasan rumah, masa sebelum aku kahwin, serius aku tak pernah tahu semua ini”

“Sekarang ni, aku nampak banyak bad habit bapa mertuaku, dia seorang kaki minum arak, sentiasa minum beer di dalam or luar kawasan rumah, masa sebelum aku kahwin, serius aku tak pernah tahu semua ini”

 

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Aku kenalkan diriku. Nama aku Sarah. Umur lewat 20an. Berasal dari selatan tanah air. Dan sekarang bekerja & menetap di Kuala Lumpur. Aku juga seorang Mslimah yang berhijab. Untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja mendirikan rumahtangga 3 tahun lepas.

Alhamdulillah, aku mendapat seorang suami yang baik, sangat rajin bekerja & kuat berusaha. Walaupun hidup kami sederhana, tapi aku bahagia.

Aku dan suami sekarang masih tinggal di rumah mertua (jangan tanya kenapa aku tinggal di sana. Itu juga bukan pilihan aku). Suami aku adalah anak sulung, dan mempunyai 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Al kisah serba sedikit tentang family suami aku. Ibu mertuaku aku seorang yang baik dan cool. Bapa mertuaku aku pon sama. Both tak pernah nak masuk campur dalam hal rumahtangga kami.

Plus point untuk aku bab yang tu. Ibu mertuaku adalah seorang Melayu tulen, manakala bapa mertuaku adalah seorang mualaf (Chinese mslim). Sebelum aku berkahwin, aku nampak family suami aku ni ok ok sahaja.

Tak dak masalah. Walaupun adik perempuan suami aku ni semuanya sksi, free hair, short pants, baju off-shoulder, berbikiini kalau pegi bercuti, namun aku hanya mampu menutup mata & tak pernah tegur pon bab dorang berpakaian.

Siapalah aku kan untuk menegur, hanyalah orang luar. Bab tu biarlah parent dorang yang tegur. Adik ipar lelaki? Sudah berkahwin. Dan mereka juga tinggal sebumbung dengan mertua.

Aku sangat menghormat kedua ibu bapa mertuaku. Sehinggalah aku dapat tahu kesemuanya yang berlaku dalam rumah itu. To be honest, aku tak ada masalah dengan ibu mertua.

Beliau baik dan penyayang dengan anak-anak. Walaupun ibu mertua aku ni tudung on off, tapi aku nampak dia pon rajin solat, rajin pergi kelas mengaji, even jadi AJK surau lagi dekat kawasan perumahan dia.

Cumanya sekarang ni, aku nampak banyak “b4d habit” bapa mertuaku, iaitu beliau seorang kaki minum ar4k. Sentiasa minum “b3er” di dalam or di luar kawasan rumah. Masa sebelum aku kahwin, serius aku tak pernah tahu semua ini.

And suami aku pon tak pernah la bercerita (mungkin sebab dia malu and aib bapa dia). Masa awal perkahwinan, memang bapa mertuaku aku sorok-sorok minum. Tapi setelah 3 tahun tinggal bersama, beliau dah tak segan dengan menantunya.

Ada sekali tu, masa aku kemas dapur sorang-sorang, aku ternampak beberapa botol “red w1ne” dalam beg kertas yang di sorok belakang almari.

Bila aku buka peti sejuk, aku ternampak lagi beberapa tin “Crlsb3rg”. Saat itu, hati aku luluh. Aku tak tahu nak luah macam mana.

Pernah aku tanya suami tentang tu, dan aku menangis-nangis. Kenapa aku kena hadap semua ni. Kenapa aku kena sama-sama bersekongkol.

Ibu mertua & suami aku tak pernah tegur ke? Pernah. Banyak kali dah tegur. Tapi bapa mertua abaikan nasihat mereka. Pernah jugak dorang bergadoh sebab suami aku tegur bapa dia sendiri pasal tu.

Dan bukan sahaja bapa mertua, tapi adik ipar lelaki pon sama naik dengan bapa mertua, pon kaki minum juga. Ada w1ng man, sama-sama berm4buk di luar rumah, di majlis, tanpa segan silu teguk air setan tu depan aku.

Dan aku ada dengar, salah sorang adik ipar perempuan pon dah mula minum air setan tu. Aku masih teringat lagi, kejadian masa bulan puasa. Masa tu aku tak tau, yang bapa mertua tak puasa.

Aku pon panggil la dia untuk duduk dan nak berbuka sama-sama. Tapi ibu mertua aku cakap, tak payah. Masa tu aku tak faham. Dan lama-lama baru lah aku paham.

Sememangnya bapa mertuaku aku tak puasa, malah teguk lagi air haram tu. Lepas je dari berbuka puasa tu, aku masuk ke bilik, dan terus menangis.

Aku harapkan dapat seorang bapa mertua yang baik, jaga dari segi akhlak dan agama, yang boleh memimpin keluarga.

Since aku dah tak ada ayah sejak kecil lagi, arwh mngalkan aku masa aku berumur 7 tahun. Aku sangat happy bila time aku nak berkahwin, and dapat tahu aku akan dapat seorang ayah mertua.

Tapi harapan aku musnah belaka. Family aku tak pernah tahu pon pasal mertua aku ni, aku tak akan cerita. Demi menjaga aib family belah suami.

Cuma aku rasa stress dan sedih, bila dalam kawasan rumah penuh tin tin “b3er”, dan terpaksa sekali sekala mengadap keadaan bapa mertuaku m4buk.

Keadaan ini jugak buat kan aku lebih suka menyendiri dan tidak bergaul dengan family mertua. Masa awal kahwin dulu, aku rajin jugak lah berborak dengan mereka dan tengok tv di ruang tamu.

Tapi sekarang, aku lebih suka mengurung diri di dalam bilik. Selain ar4k, punca nya juga aku tak tahan dengan bau asap rkok di ruang tamu & dapur rumah. Ya. Bapa mertuaku cukup suka mer0kok di kawasan berkenaan.

Serius aku tak tahan. Baru-baru ni pon aku ada terbau r0kok dalam bilik adik ipar perempuan. Sekali lalu depan bilik dia, kuat betol bau r0kok.

Kenapa tak menyewa sahaja di luar? Ya. Dah banyak kali aku usulkan kepada suami aku, sampai aku nangis-nangis. Sampai pernah aku rasa nak lari dari rumah tu, aku sanggup lagi pergi menyewa bilik di tempat lain, macam zaman bujang dulu.

Tapi suamiku hanya mampu senyap sahaja. Aku dapat rasakan yang dia tak mampu. Aku pon muhasabah diri lagi, minta doa pada Allah supaya di beri kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi cabaran ini.

Walaupun begitu, aku dapat lihat yang suami aku tak terikut dengan perangai buruk bapa mertua. Mungkin sebab dia anak sulung. Lebih waras & bertanggungjawab menjaga keluarga. Alhamdulillah.

Untuk pengetahuan semua, aku dan suami sekarang ni dah dalam proses untuk membeli rumah. Tunggu loan approval sahaja.

Korang doakan lah kami suami isteri dapat rumah cepat-cepat ya? Mudah mudahan, dengan adanya rumah kecil baru kami nanti, tiada lagi tin ar4k, tiada lagi asap rkok di dalam rumah.

Dan aku boleh lah teruskan untuk TTC (try to conceive). Untuk pengetahuan semua juga, aku terpaksa planning untuk dapatkan baby.

Sebab aku tak nak anak aku di besarkan di rumah mentua, yang penuh dengan ar4k dan asap r0kok tu. Korang semua doakan kami ya.