Sekumpulan wanita yang ‘double park’ di Jepun ini rupanya orang Malaysia, tak pasal-pasal kena kecam

Sekumpulan wanita yang ‘double park’ di Jepun ini rupanya orang Malaysia, tak pasal-pasal kena kecam

 

Rakyat Jepun dilapor berang dengan tindakan sekumpulan wanita Malaysia yang meletakkan kenderaan secara ‘double park’ sehingga mendapat liputan berita di negara Matahari Terbit itu.

Sikap mementingkan diri yang menjejaskan nama baik Malaysia itu berlaku berhampiran Matsumoto Castle, Aichi Prefecture.

Dilaporkan, kereta putih itu disewa oleh sekumpulan wanita Malaysia.

Pengguna X, @pja_chan berkongsi paparan berita Jepun mengenai insiden parkir bertindih itu yang mengundang cemuhan masyarakat tempatan.

“Rakyat Malaysia disebut dalam berita dekat Jepun ni sebab parking dekat parking space macam ni dan menimbulkan kemarahan rakyat Jepun.

“Ini parking berbayar yang dah ada ruang untuk setiap kereta, dan tak boleh double park macam ni. Kenapa buat macam ni sampai menyusahkan orang ya?” katanya.

Dikatakan, kereta yang berada di hadapan tidak dapat keluar ke jalan utama kerana dihalang kereta sewa milik rakyat Malaysia itu.

Dalam masa sama, pemilik kereta di belakang pula mendakwa bahawa rakyat Malaysia berkenaan telah meminta dia mengalihkan kereta ke belakang untuk memudahkan dia keluar.

Menurut @pja_chan, di Jepun sudah terdapat tempat letak kereta berbayar yang ditetapkan sekaligus pemandu tidak boleh parkir kenderaan sesuka hati.

“Tak ada istilah double park. Sebab hal ni, ramai orang Jepun marah-marah rakyat Malaysia dekat internet.

“Kesannya terpalit dekat rakyat Malaysia yang duduk sana terutamanya sebab dah ada bad impression. Silap-silap pelancong Malaysia pun mereka tak suka dah lepas ni,” ujarnya.

Tambahnya lagi, caj parkir di Jepun adalah sangat tinggi apa lagi dilanjutkan sehingga tiga jam lagi.

“Berganda-ganda jadi mahal. Buang masa orang lagi. Kena panggil orang jack lagi.

“Memang menyusahkan orang, manalah orang tak marah,” kata @pja_chan lagi.