Selain ‘aset’ bersaiz idaman, awek gerai air buah pernah belai ‘anu’ pelanggannya

Selain ‘aset’ bersaiz idaman, awek gerai air buah pernah belai ‘anu’ pelanggannya

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai kelakuan seorang wanita yang merupakan pekerja restoran bergambar mesra dengan pelanggan-pelanggan lelaki.

Adegan tersebut dirakam dan dimuat naik di laman sosial TikTok, dan seterusnya viral sehingga ke platform Twitter.

Ramai yang memberi pendapat mengenai hal tersebut. Rata-rata pengguna media sosial melihat kelakuan pelayan restoran tersebut sebagai kurang molek.

Sementara itu, lelaki-lelaki yang terlibat bergambar dengan pelayan wanita itu juga dikritik kerana masing-masing terlihat miang.

Begitupun, isu pelayan wanita itu tidak terhenti setakat itu sahaja. Tidak berapa lama selepas video bergambar tersebut viral, netizen mengulang ciap video lama yang difahamkan viral sekitar tahun 2019.

Menerusi video berkenaan, difahamkan pelayan yang sama ‘meramas’ alat sulit pelanggan lelaki sambil aksinya dirakam oleh seorang pelanggan lain.

Meninjau komen-komen netizen, ramai yang melahirkan rasa kurang senang dengan video lama yang kembali viral itu.

“Laki sape ni oii… buat malu je.”

“Macam mana dorang boleh suka-suka eh dekat public lak tu? If ada family yang datag makan kat situ?? Apa ke benda ni semua?”

“Sorry to say, hilang martabat bertudung, macam nilah caranya.”

Sementara itu, menerusi laporan media, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjalankan siasatan berhubung video tular menunjukkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita di sebuah kedai makan di Setiu, Terengganu.

Pesuruhjaya JHEAT M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001