Selain nasi ayam dan siakap 3 rasa, Haziq pernah terima oder daripada doktor yang rawatnya di hospital
Kalau dilihat daripada pandangan mata kasar, dia seperti kanak-kanak seusia yang lain bermain di luar rumah ketika petang, menunggang basikal dan juga memanjat pokok.
Itu antara rutin harian anak kampung seperti Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12 tahun, yang tular kerana kepetahannya bercakap sehingga digelar ‘wartawan cilik’ selepas memuat naik video penemuan seekor ular sawa secara langsung di laman media sosial.
Namun, sebalik sifat keanak-anakan itu, Muhammad Haziq akan bertukar menjadi ‘dewasa’ apabila dia mula masuk dapur dan memasak macam-macam menu serta juadah makanan sama ada untuk dijual atau dimakan bersama keluarganya.
Difahamkan, jika memasak dia tak membenarkan sesiapa masuk ke dapur kerana ‘tugas’ itu akan dilakukannya seorang diri dan hasil air tangan kanak-kanak terbabit kemudian akan dikongsi bersama ahli keluarga serta jiran.
Muhammad Haziq yang menghidap penyakit talasemia sejak lahir berkata, dia pernah menerima tempahan untuk membuat roti dan burger Malaysia daripada doktor yang merawatnya untuk dijamu kepada kakitangan hospital.
“Saya memang gemar memasak dan mempelajarinya melalui dari saluran Youtube seorang chef tempatan dan akan berkongsi video masakan yang ada antaranya turut dijual kepada pelanggan.
“Minat saya ini diketahui gvru serta rakan-rakan di sekolah hingga ada yang memanggil nama saya Chef Haziq,” kata murid tahun lima Sekalah Kebangsaan Bukit Selambau.
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penghulu Tua, dekat sini, kanak-kanak itu turut menunjukkan kemahirannya memasak kambing perap menggunakan sos ciptaan sendiri.
Menurutnya, selain memasak dia juga turut menanam sendiri sayur seperti kangkung dan bayam di belakang rumah serta gemar memelihara kucing dan arnab.
Antara masakan kanak-kanak terbabit ialah kek marble, garlic bun serta pelbagai lagi menu malah donut dihasilkannya turut diletakkan di kedai kuih untuk dijual.
Sementara itu, ibunya Nur Shakila Zainol, 33 tahun, berkata dia dan suami tak tahu yang anak sulung daripada dua beradik berkenaan memiliki kelebihan memasak yang hanya dipelajari melalui Youtube.
“Bagaimanapun, kami hanya mengikut apa yang diminatinya dengan memberi sokongan dan bagi saya masakan paling sedap yang dimasak anak ialah nasi ayam dan siakap 3 rasa.
“Jika teringin, kami akan minta anak masak namun dia tak akan membenarkan sesiapa masuk ke dapur selagi juadah dimasaknya belvm siap,” katanya.
Muhammad Haziq mula meraih perhatlan apabila dia memuat naik video penemuan ular sawa dalam longkang di Pasar Bukit Selambau dengan turut membuat ul4san secara langsung sehingga tular di laman media sosial.
Video yang meraih lebih 1 juta tontonan itu dikatakan menarik kerana kepetahan Muhammad Haziq yang bertutur dengan lancar seolah-olah pengulas wartawan berita.
Sumber – Harian Metro