Selain Ridzuan Hashim, ini senarai 6 artis tempatan meninggal dunia akibat serangan jantung

Selain Ridzuan Hashim, ini senarai 6 artis tempatan meninggal dunia akibat serangan jantung

 

AMALAN pemakanan dan gaya hidup sihat antara cara memelihara diri daripada terkena penyakit kronik seperi serangan jantung.

Sakit jantung antara penyakit berbahaya dan oleh kerana itu ia tidak boleh dipandang mudah.

Beberapa cara boleh dilakukan bagi mengelakkan perkara itu berlaku, antaranya jauhi amalan merokok atau menggunakan produk tembakau, melakukan senaman dan diet seimbang, serta elak daripada terlalu tertekan selain melakukan pemeriksana kesihatan berkala.

Baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian aktor Ridzuan Hashim dipercayai akibat masalah jantung apabila selebriti berusia 62 tahun itu tiba-tiba rebah di rumahnya dan disahkan meninggal dunia pada 4 Mei lalu.

Selain pelakon filem KL Gangster itu, berikut barisan selebriti lain yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung.

6. Jeff Hassan

jeff1 - 1

Selepas perkhabaran Ridzuan Hashim meninggal dunia pada 4 Mei 2023, keesokkannya pelakon Jeff Hassan, 56, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.25 pagi di Hospital Segamat, Johor.

Rakan arwah, Mak Wan atau Halimatussa’diah Mohd Daud mengatakan pelakon drama bersiri Gerak Khas itu meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

5. Pian Cecupak

1459416

Pelakon dan pelawak, Pian Cecupak meninggal dunia pada umur 52 tahun pada 2022 di kediamannya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur.

Difahamkan Allahyarham menghidapi masalah jantung sejak 2018 dan mula bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan.

4. Ashraf Sinclair

2017_05_08_26579_1494243559._large

Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia di Jakarta, Indonesia pada usia 40 tahun.

Suami kepada penyanyi popular, Bunga Citra Lestari (BCL) itu turut disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pelakon yang terkenal menerusi filem Gol & Gincu itu turut membintangi beberapa naskhah lain iaitu J2: Rstribusi dan Saus Kacang.

3. Mohd Faizal Yusop

majoriti2023 (86)

Pemergian bekas suami penyanyi, Siti Nordiana iaitu Mohd Faizal Yusop pada umur 33 tahun akibat serangan jantung mengejutkan industri hiburan tempatan.

Faizal dikatakan pengsan di kediamannya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul kira-kira pukul 9 pagi pada 2011.

2. Shamrin Fotograf

majoriti2023 (87)

Vokalis kumpulan Fotograf, Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abd Samad meninggal dunia pada umur 45 tahun pada 11 November 2010.

Penyanyi popular sekitar 1990-an itu awalnya mengalami kekejangan oto ketika bermain bola sepak sebelum terduduk di padang.

Sebelum itu, Allahyarham sempat mengadu berasa penat kerana menghadiri sebuah acara pada malam sebelumnya.

1. Hani Mohsin

majoriti2023 (88)

Hasrat Allahyarhan ingin bercuti bersama anaknya, Hani Karmila pada 25 Julai 2006 tidak kesampaian apabila pelakon itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Kejadian yang berlaku di Terminal Tambang Murah (LCCT), Lapangan Terbang Antarabansa Kuala Lumpur (KLIA).

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang, Selangor pada usia 41 tahun.