Selain tangan sering kebasahan, ini satu lagi perkara yang paling ditakuti Nora

Selain tangan sering kebasahan, ini satu lagi perkara yang paling ditakuti Nora

PELAKON Nora Danish mendedahkan dia kini mengalami masalah anxiety dan selalu berfikir buruk tentang sesuatu perkara.

Peningakatan usia antara faktor berlaku perubahan pada diri Nora, 40, dan disebabkan itu dia selalu terfikir tentang kematian sehingga ada ketika perasaan yang datang menyebabkan dia takut menaiki pesawat.

“Saya memang ada anxiety dan stage fright. Baru-baru saya dapat rasakan perubahan itu. Mungkin sebab faktor usia sekarang ini membuatkan saya sentiasa fikir tentang kematian.

“Saya sendiri seorang yang terlalu emosi dan sensitif, jadi apabila sesuatu perkara terjadi ia menyumbang kepada overthinking.

Bercakap tentang masalah tekanan, kata Nora pencapaian dalam kerjaya juga boleh membuatkan perasaan itu datang secara tiba-tiba.

Saya sendiri seorang yang terlalu emosi dan sensitif, jadi apabila sesuatu perkara terjadi ia menyumbang kepada overthinking.

Bagaimanapun Nora bijak mengatasi tekanan dan dia selalu mengingatkan diri sendiri supaya melakukan lebih baik di masa akan datang.

“Saya tidak terkesan dengan kata-kata orang kerana tahu tidak semua sukakan kita. Namun dari segi kerjaya apabila kita meletakkan satu sasaran dan tidak tercapai ia akan jadi tekanan.

“Saya selalu bayangkan di usia 40 tahun akan capai pelbagai perkara namun masih ada yang belum dikecapi.

“Tidak salah untuk menangis jika rasa tertekan. Saya ingatkan diri sendiri supaya jangan mudah berputus asa dan menjadi lebih baik esok hari,” jelasnya.

Sementara itu bercerita tentang filem yang bakal ditayangkan di Astro First itu, Nora memberitahu dia cukup bersemangat menerima tawaran kerana merasakan mesej yang ingin disampaikan cukup dekat dengan masyakarat ketika ini.

“Apabila terima tawaran ini saya berkobar-kobar untuk terlibat sama kerana masalah yang ingin disampaikan cukup dekat dan sering berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Saya ingin sampaikan kepada penonton bahawa masalah kesihatan mental ini perlu diambil berat dan ia boleh bawa maut jika tidak dikawal dari awal,” ujarnya.