Selalu buang je, rupanya ramai tak tahu buah pokok bunga kantan boleh dimakan & berkhasiat

Selalu buang je, rupanya ramai tak tahu buah pokok bunga kantan boleh dimakan & berkhasiat

 

“Ehh buah kantan boleh dimakan? Saya selalu buang je. Tapi bunga kantan tahulah yang selalu buat masak asam pedas tu.”

Ramai yang tidak tahu sebenarnya, buah kantan daripada pokok bunga kantan boleh dimakan. Buah kantan ini dikenali sebagai buah kecala dengan rasanya yang sangat masam.

Melalui perkongisan Suez Tiez, buah kantan ini sedap dicecah bersama sambal belacan selain turut beri manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Ada lagi info menarik mengenai buah ni, nak tahu tak dengan lebih lanjut? Mari ikuti perkongsian ini.

RUPANYA RAMAI TAK TAHU BUAH POKOK BUNGA KANTAN BOLEH DIMAKAN & BERKHASIAT!

BUAH KANTAN (BUAH KECALA) BOLEH DI MAKAN DAN BAGUS UNTUK KESIHATAN

Cicah, ulam, buat sambal belacan lawan nasi panas-panas fuhhh. Bagi pencinta atau pengemar rasa masam-masam. Buah ni bukan manis ya. Anda gigit gitu ja berkerut seribu muka jap lagi hahaha.

Sesungguhnya selama hidup ni, kita tak akan pernah berhenti mendapat ilmu baru jika kita mencarinya.

Dulu masa kecil-kecil tahun 90-an dulu saya suka bermain di hutan belakang rumah dan semak-semak tepi rumah. Selalu jumpa buah segugus bewarna merah tanpa tahu nama pokoknya.

Saya suka petik dan makan bersama-sama rakan sepermainan dulu. Main pondok-pondok dan cicah buah ni dengan sambal belacan (garam + belacan + cili padi – tak perlu limau dah sebab buah ni dah masam).

Sebenarnya saya terlupa bentuk pokoknya, memori ni lebih ingat bentuk buahnya yang cantik dan sedap masam-masam manis tu. Punya la selama ni saya tertanya-tanya apakah jenis pokok yang menghasilkan buah kesukaan saya masa kecil dulu ni.

Sampai la hari ini, terlihat balik buah ni dalam posting seorang rakan saya lalu saya bertanya nama buah ni. Katanya buah KECALA.

Lalu saya Google baru la tau buah kecala ni buah dari pokok kantan rupanya. Punya la semangat nak minta benih dari sesiapa yang ada pokok rare ni rupa-rupanya dia pokok bunga kantan. Huhuhu

Mungkin ramai yang masih tidak tahu buah bunga kantan ni boleh dimakan sebab biasanya orang ambil bunga kantan untuk masak dan jarang orang biar berbuah.

BANYAK DIJUAL SEKITAR PASAR SABAH & SARAWAK!

Rupa buah bunga kantan selepas di kupas dan di buat sambal belacan. – Bumi Iban

Tapi kalau di Sabah dan Sarawak tempat saya memang banyak buah ni di jual di pasar-pasar. Selama ni saya ingat buah kat hutan sebab dulu saya ambil pun di hutan dan semak-semak je. Aduhai~

Bagi yang tak tahu antara khasiat buah bunga kantan ni selain sedap buat ulam, ia dikatakan boleh merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi. Siapa ada tanam pokok bunga kantan ni? Untung la…

TELATAH NETIZEN APABILA BARU TAHU MENGENAI BUAH KANTAN…

Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya netizen tidak mengetahui mengenai kewujudan buah kantan selain, ianya boleh dimakan.

MALAH, ADA JUGA YANG BERKONGSI PELBAGAI CARA UNTUK MENIKMATINYA!

Menerusi penulisan Fazlisyam pula, buah kantan akan berbuah apabila bunga kantan dibiarkan tidak berpetik.

Mungkin ramai yang tidak menyedari kewujudan buah kantan jika hendak dibandingkan dengan bunga kantan. Jika bunga kantan tidak dipetik atau diambil, maka bunga kantan akan menghasilkan buah.

Mungkin ada sebahagiannya juga pernah lihat pokok kantan mengeluarkan buah tetapi tidak mengetahui, buahnya juga boleh dimakan. Rasanya yang sedikit masam mungkin kurang diminati oleh sesetengah orang.

PENGAMAL TRADISIONAL GUNAKAN AIR REBUSAN BUAH KANTAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT!

Di Sabah dan Sarawak, buah kantan bukanlah sesuatu yang pelik di kalangan masyarakat di sana kerana ramai peniaga yang menjual buah kantan di pasar-pasar tamu dengan harga yang murah.

Menurut peniaga yang saya temui di sana. Mereka jadikan buah kantan sebagai ulam di makan bersama nasi panas. 

Menurut pengamal perubatan tradisional, buah kantan juga boleh di rebus dan dijadikan sebagai minuman bagi mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Banyak juga ya cara nak makan buah kantan ni, sedap juga buat pengganti asam keping kalau dah habis. Rasanya yang sangat masam tu pastinya akan membuka selera. Jadi, selamat mencuba jadikan buah ini sebagai bahan masakan atau makanan pencicah.

Semoga bermanfaat!